KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Ekitela Ronald John Moru dari Republik Kenya, Dr Waleed Khalifa AlManea (Bahrain), Koumba Diop (Republik Guinea) dan Dr Mariyam Shabeena Ahmed (Maldives).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Luis Javier Campuzano Pina (Mexico), Lisualdo Menezes Coimbra Gaspar (Timor Leste), Jason Keats Matthew Hall (Jamaica) dan Dr Batlang Comma Serema (Republik Botswana).

Turut menyerahkan watikah pelantikan ialah Prof Fekadu Beyene Aleka (Ethiopia), Desire Boniface Some (Burkina Faso), Tomas Ferko (Slovakia) dan Raman Ramanouski (Belarus).

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

-- BERNAMA