KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.
Berdasarkan hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, perutusan rasmi itu dipersembahkan oleh delegasi Brunei yang diketuai Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Negara Brunei Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof.
Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan Datuk Awang Alik Jeman.
Turut sama ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.
Pada hantaran lain di akaun sama, Sultan Ibrahim juga berkenan mendengar persembahan taklimat mengenai acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Taklimat berkenaan dipersembahkan oleh Fahmi yang juga merupakan Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Pada 16 Mei lepas Fahmi mengumumkan Istiadat Pertabalan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara dan kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, akan melaksanakan tujuh acara sempena istiadat penuh simbolik lima tahun sekali itu.
Acara sempena Istiadat Pertabalan itu dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai disusuli Khutbah Khas serta Solat Jumaat pada keesokannya di Masjid Negara.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara akan disusuli Majlis Santapan Diraja pada hari sama.
Turut berlangsung lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai manakala Pameran Raja Kita dijadualkan pada 25 Julai di Muzium Negara sebelum diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Sultan Ibrahim berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini. - Gambar/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.