Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa agar diadakan siasatan menyeluruh berhubung perjanjian berat sebelah di antara kerajaan terdahulu dan dua syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Presidennya Brig. Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia harus bertindak segera tanpa perlu menunggu laporan berhubung pendedahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bahawa kerajaan yang diterajui Barisan Nasional telah mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menggunakan dananya untuk membayar sejumlah RM555 juta kepada dua syarikat terbabit bagi mengambil alih AES.
"Patriot ingin tahu siapakan pemilik dua syarikat konsesi AES iaitu ATES dan Beta Tegap serta kenapa pengarah urusan dan lembaga pengarah LTAT membenarkan penggunaan wang berjumlah RM555 juta itu?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Jumaat, Loke mendedahkan pembayaran berjumlah RM295 juta kepada ATES Sdn Bhd dan RM260 juta kepada Beta Tegap Sdn Bhd tersebut tidak melibatkan pengambilalihan aset yang besar tetapi hanya untuk 40 unit kamera AES.
Mohd Arshad berkata tindakan menggunakan dana LTAT dengan cara yang demikian merupakan kesalahan pecah amanah.
Katanya LTAT diitubuhkan khususnya untuk menjaga kebajikan dan menguruskan faedah-faedah persaraan anggota tentera.
"Patriot menggesa LTAT yang memiliki empayar perniagaan yang besar agar lebih serius menjaga kebajikan anggota serta veteran tentera seperti menyediakan peluang pekerjaan, menawarkan latihan sambil bekerja dalam kursus peralihan sebelum persaraan dan biasiswa untuk anak-anak mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018

Patriot gesa diadakan siasatan menyeluruh berhubung perjanjian berat sebelah di antara kerajaan terdahulu dan dua syarikat konsesi AES. -Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.

Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.

PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.

Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.

ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.

PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.

UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.

Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.

Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA

Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.