MANA satu cerita yang betul?
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.
Dalam kenyataannya kepada Astro AWANI pada sebelah pagi, beliau memaklumkan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
Dalam masa sama, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengesahkan penahanan seorang ADUN dari parti itu.
Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Bersatu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Menurut Abdul Rashid, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden Parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.
“Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian.
Usaha Astro AWANI menghubungi ADUN itu bagi mendapatkan raksi beliau mengenai kenyataan Abdul Rashid bagaimanapun tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ada menerima maklumat mengenai tangkapan seorang ADUN melalui media sosial tetapi belum ada laporan rasmi mengenai perkara itu.
"Saya sedang menunggu laporan berkaitan perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini.
Astro Awani
Mon Jan 13 2020
![ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578892133_AdhifSyan.jpg)
Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Adhif Syan kekal digantung jawatan Ketua Armada Selangor Adhif Syan kekal digantung jawatan Ketua Armada Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61579265398_TunMahathir.jpg)
Adhif Syan kekal digantung jawatan Ketua Armada Selangor
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal menggantung jawatan Adhif Syan Abdullah sebagai Ketua Armada Selangor.
![KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579019346_amanattahunkbs.jpg)
KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis
Tiada lagi kontrak baharu untuk syarikat itu sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pada Mei 2018.
![Nasib Adhif Syan dibincang dalam Mesyuarat MT BERSATU esok Nasib Adhif Syan dibincang dalam Mesyuarat MT BERSATU esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578902102_TBNGO.jpg)
Nasib Adhif Syan dibincang dalam Mesyuarat MT BERSATU esok
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan mesyuarat akan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Kes dadah: Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor Kes dadah: Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578892133_AdhifSyan.jpg)
Kes dadah: Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor
Majlis Ketua Armada Nasional memutuskan penggantungan itu berterusan sehingga siasatan polis berkaitan kes dadah itu selesai.
![Dakwaan ADUN ditahan: KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah Dakwaan ADUN ditahan: KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578911837_ketuapolis.jpg)
Dakwaan ADUN ditahan: KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah
Ketua Polis Negara sahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini awal pagi Isnin.
![ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578892133_AdhifSyan.jpg)
ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
ADUN Dengkil nafi beliau ditangkap polis, dalam masa sama Pengerusi Bersatu Selangor, sahkan penahanan seorang ADUN dari parti itu.