Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini awal pagi Isnin.
Menurut Abdul Hamid, daripada 17 individu yang ditahan dalam serbuan polis di Puchong awal pagi tadi, 16 daripada mereka disahkan positif dadah.
Sementara ujian kencing ke atas seorang lagi pula, katanya, bebas daripada penyalahgunaan dadah.
“Didapati 10 lelaki Melayu, seorang lelaki Cina, tiga wanita Melayu, seorang wanita Iban, seorang wanita berbangsa Sulu dan seorang wanita dipercayai dari negara jiran sedang berhibur dan khayal dengan bunyi muzik menganggu ketenteraman penghuni,” kata beliau.
Abdul Hamid berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Isnin.
Kata Abdul Hamid, serbuan berkenaan dijalankan sekitar pukul 4.40 selepas pihaknya menerima aduan daripada penghuni kondominum terbabit mendakwa terdapat satu aktiviti dijalankan dengan bunyi muzik yang kuat sehingga menganggu ketenteraman awam.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Brickfields menyiasat dan apabila sampai di situ (kondominium) mereka telah masuk ke premis berkenaan," jelas beliau.
Beliau berkata, pemeriksaan polis di premis berkenaan membawa kepada penemuan satu paket serbuk dadah lutsinar dipercayai jenis Ketamine seberat 0.95 gram, satu piring kaca yang mengandungi dadah Ketamine seberat 0.3 gram serta sebatang rokok ceraian daun kering disyaki Ganja.
Turut dirampas satu dek daun trup serta cip bernilai RM100 dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian.
“Kesemua suspek telah diambil kenyataan merek apada hari ini (Isnin) dan mereka telah dibebaskan dengan jamin polis kecuali wanita warga asing itu,” jelas Abd Hamid lagi.
Diminta mengesahkan dakwaan salah seorang suspek yang ditahan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti yang ditularkan di laman sosial, Abdul Hamid enggan berbuat demikian.
Katanya, beliau hanya akan membuat pengumuman lain selepas ujian saringan air kencing kali kedua ke atas semua individu yang ditahan dibuat dalam masa terdekat.
“Saya tidak akan mendedahkan nama mereka, proses saringan kali kedua untuk pihak polis dan apabila hasilnya didapati positif, kita akan ambil tindakan mendakwa mereka di mahkamah.” Kata Ketua Polis Negara itu lagi.
Bagaimanapun, media pada Isnin melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan.
Ketika dihubungi Astro AWANI beliau memaklumkan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
BACA: ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
Dalam masa sama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan ke atas Adhif Syan Abdullah dan beberapa individu lain.
Beliau turut menegaskan, tidak akan campur tangan dalam kes berkenaan.
"Susulan penahanan ini, saya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan.
"Saya tidak akan campur tangan dalam kes ini dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang," kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.
BACA: Muhyiddin serah kes ADUN ditahan kepada polis
Fareez Azman
Mon Jan 13 2020

Menurut Abdul Hamid, daripada 17 individu yang ditahan dalam serbuan polis di Puchong awal pagi tadi, 16 daripada mereka disahkan positif dadah. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.

Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.

Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.

Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.