SHAH ALAM: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Mahmood menggantikan Shukor Ismail yang bersara pada 30 September lalu selepas 11 tahun menerajui syarikat itu.
Sebelum ini Mahmood merupakan Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan di DRB-HICOM Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah Puspakom.
"Beliau membawa bersama pengalaman luas dalam pelbagai industri, termasuk minyak dan gas, barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG) dan pembangunan pengangkutan awam.
"Antara tahun 2008 dan 2016, Mahmood memegang jawatan pengurusan atasan di organisasi terkemuka seperti Sime Darby Plantation Berhad, salah satu syarikat perladangan terbesar di dunia, dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, pembangun dan pemilik aset Projek MRT Lembah Klang, di mana jawatan terakhirnya adalah Pengarah Operasi dan Pengurusan Aset.
"Sebelum masuk ke sektor korporat pada 2008, Mahmood berada di industri media penyiaran di mana beliau pernah berkhidmat di NTV7, Bloomberg TV Malaysia, Astro News dan Astro AWANI dalam pelbagai jawatan termasuk wartawan, pembaca berita, editor dan penerbit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu Abdul Hamid berkata, pihaknya yakin terhadap kemampuan Mahmood untuk membawa syarikat berkenaan ke tahap yang lebih tinggi.
Pada masa sama beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Shukor atas sumbangan tidak ternilai dalam meneraju pertumbuhan Puspakom sejak pelantikannya pada 2012.
"Shukor memainkan peranan yang penting dalam membentuk Puspakom selama lebih dari satu dekad. Di bawah kepemimpinannya, Puspakom mencapai kejayaan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.
"Sumbangan beliau termasuklah pengenalan MyPuspakom, sistem janji temu dan pembayaran dalam talian yang banyak memberi kemudahan kepada pelanggan.
"Di Puspakom, beliau juga memperkenalkan pelaksanaan transaksi tanpa tunai dan tanpa kertas serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023

Mahmood (gambar) menggantikan Shukor Ismail yang bersara pada 30 September lalu selepas 11 tahun menerajui syarikat itu. - Puspakom

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.