"Kalau nak kata saya seorang yang perfect, saya mengaku, tetapi saya manusia biasa, ada masa saya terlepas pandang," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjelaskan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing pada tahun 1980-an, pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim, bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang 'perfect' dan sangat teliti serta sangat mengambil berat sesuatu permasalahan, tetapi mengapa beliau tidak mengambil berat mengenai kerugian BNM yang sangat besar itu.
"No matter how careful you are (walaupun anda begitu berhati-hati) dalam menguruskan sesuatu, ada yang terlepas dalam pandangan saya. Contohnya saya melantik orang yang salah," kata Dr Mahathir tanpa menamakan individu berkenaan.
Pada ketika ini anggota Suruhanjaya iaitu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memberitahu Dr Mahathir bahawa isu yang didengar hari ini ialah mengenai kerugian BNM.
Kamaludin juga bertanyakan Dr Mahatir sama ada beliau telah salah melantik Menteri Kewangan pada ketika itu di mana Dr Mahathir menjawab "Masa mula nampak dia baik , apa yang dia nak buat, saya tidak tahu," katanya.
Kepada soalan Suhami sepatutnya Dr Mahathir akan lebih mengambil berat mengenai kerugian BNM kerana ia juga dilaporkan oleh media asing, Dr Mahathir berkata beliau tidak mengendahkan laporan media asing kerana mereka selalu mengkritiknya.
"Saya ambil laporan (mengenai kerugian BNM) oleh pegawai saya. Saya berpegang kepada laporan pegawai-pegawai saya termasuk Menteri Kewangan dan juga Gabenor," katanya.
Terdahulu, dalam pernyataan saksinya, berkenaan keterangan Tan Sri Clifford Francis Herbert yang menyatakan bahawa beliau bersama Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berjumpa dengan Dr Mahathir di pejabatnya pada lewat 1993 dan melaporkan kepada beliau tentang kerugian BNM sebanyak RM30 bilion, Dr Mahathir berkata beliau tidak ingat angka RM30 bilion disebut.
"Apa yang saya ingat adalah, angka dalam lingkungan RM5 bilion yang disebut. Ini adalah kerana apabila ianya dimaklumkan kepada saya, saya sudahpun tahu bahawa kerugian urus niaga mata wang asing BNM pada tahun 1992 adalah RM5.7 bilion seperti yang telah sebelum itu dimaklumkan kepada Kabinet oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga sepertimana setakat ingatan saya telah dibentangkan di Parlimen.
"Apa yang saya pasti adalah tidak ada mana-mana dokumen bertulis yang ditunjukkan atau diberikan kepada saya berkaitan perkara ini," katanya.
Dr Mahathir berkata segala masalah berkaitan isu urus niaga mata wang asing BNM telahpun ditangani bank pusat itu pada tahun 1992 hingga 1994 dengan memperkenalkan pelbagai langkah kawal selia dan juga melalui penggubalan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Berkenaan bekas Gabenor BNM Tan Sri Jaffar Hussein, Dr Mahathir berkata secara peribadi Jaffar terkenal sebagai seorang yang berwibawa, beramanah dan penuh berhemah.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas, lurus dan saya mempunyai penuh kepercayaan terhadap kewibawaan dan ketelusan beliau.
"Saya juga menyatakan mana-mana kerugian urus niaga mata wang asing BNM dalam tempoh 1992 hingga 1994 itu, tidak boleh mencacatkan kesemua sumbangan baik dan jasa Jaffar yang telah berkhidmat demi kepentingan negara tanpa penat lelah," katanya.
Katanya tindakan Jaffar mengambil keputusan untuk bertanggungjawab dan meletakkan jawantannya sebagai gabenor BNM pada 1994 adalah satu tindakan yang berhemah tinggi.
Berhubung keterangan Anwar tentang mesyuarat kabinet bertarikh 30 Mac 1994 dan 6 April 1994, Dr Mahathir berkata setakat ingatannya tidak ada mana-mana fakta yang berbeza yang ditampilkan oleh Anwar semasa mesyuarat tersebut daripada kandungan dokumen laporan kewangan tahunan BNM yang dikemukakan semasa mesyuarat Kabinet itu.
"Saya sesugguhnya percaya memandangkan kerugian sebenar BNM adalah tidak dikenalpasti pada ketika itu, melainkan apa-apa jumlah yang tertera di dalam laporan kewangan tahunan BNM yang dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet dan Parlimen, maka Anwar telah tidak menyembunyikan apa-apa maklumat yang diberikan kepada beliau secara rasmi oleh BNM daripada mesyuarat Kabinet ketika itu.
Pendengaran bersambung esok.
Suruhanjaya Siasatan Diraja itu diketuai Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang dilantik sebagai Pengerusi, dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said serta Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan.
Selain itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Permudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan Anggota Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2017
![Ada masa saya terlepas pandang, kata Dr Mahathir Ada masa saya terlepas pandang, kata Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71505729889_TunMRCIForex.jpg)
Kepada satu soalan dikemukakan semasa prosiding RCI hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak mengendahkan laporan media asing kerana mereka selalu mengkritiknya. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78 PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721028875_AnwarIbrahimSulta.jpg)
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
![Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
![Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
![PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720853680_AMINUDDINAWANG.jpg)
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720853030_tbAnwarIbrahim.jpg)
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.