Datuk Abdul Latif Abdul Kadir hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang baharu, menggantikan Datuk Seri Paddy Abd Halim.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, Abdul Latif, 59 tahun, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya, dan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Putra Malaysia.
Abdul Latif telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
“Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang penguatkuasaan, pengurusan pematuhan, perkastaman dan percukaian serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan) dan Pengarah Kastam Negeri.
“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Abdul Latif, akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi JKDM ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia,” katanya lagi.
Dalam pada itu Mohd Zuki berkata, kerajaan merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Paddy atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun.
Paddy, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST), dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam berkuat kuasa 1 April 2019.
Firdaus Azil
Fri Jun 05 2020
Jawatan pertama disandang Abdul Latif ialah sebagai Penguasa Kastam pada tahun 1985. Facebook JKDM
Tayangan 'BeetleJuice BeetleJuice' buka tirai Festival Filem Venice
Sekuel 'Beetlejuice Beetlejuice' yang diarahkan oleh Tim Burton akan membuka tirai festival filem antarabangsa Venice 2024.
Tujuh mayat rakyat Palestin ditemui dalam serangan baru
Sekurang-kurangnya 7 mayat rakyat Palestin ditemui pada Rabu dalam serangan oleh tentera Israel yang terbaharu.
Dua cedera kejadian tikam di pusat beli belah Israel
Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua lelaki terbaring di atas lantai pusat beli-belah berkenaan ketika orang ramai cuba memberi rawatan kecemasan.
Wanita mangsa paling ramai terkorban
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.
10 Berita Pilihan - (03 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Jumlah sumbangan yang diterima melalui tabung solidariti bersama Selangor FC yang dibuka bermula 26 Jun hingga 2 Julai ditutup dengan jumlah RM76,490.06.
Malaysia akan terus suarakan hak Palestin di UNGA
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus menggunakan pentas antarabangsa untuk bersuara mengenai hak Palestin secara lantang.
Belum ada keperluan bawa balik tentera pengaman di Lubnan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra sentiasa memantau keadaan di Semenanjung Gaza dan kawasan sekitar termasuk ketegangan yang berlaku di Lubnan.
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Sindiket seludup air zam zam, rokok putih, tembakau tumpas - JKDM
JKDM berjaya menumpaskan tiga sindiket penyeludupan melibatkan air zam zam, tembakau dan rokok putih di Pelabuhan Klang dan Shah Alam pada 27 hingga 29 Jan lepas.
Kastam zahir penghargaan kecekapan polis tahan tiga lelaki bantu kes ugut pegawainya
Operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai kira-kira RM2.64 juta.
Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu - KSN
Abdul Halim telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam.