PUTRAJAYA:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan tiga sindiket penyeludupan melibatkan air zam zam, tembakau dan rokok putih di dua lokasi iaitu Pelabuhan Klang dan Shah Alam pada 27 hingga 29 Jan lepas oleh pasukan bahagian penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II Selangor.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata cubaan menyeludup dagangan yang disyaki air zam zam dengan menggunakan sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Klang berjaya dilumpuhkan pada 27 Jan.
Beliau berkata air zam zam diklasifikasi sebagai dagangan terlarang dan hasil pemeriksaan ke atas kontena itu mendapati ia telah diikrarkan bermuatan 'personal effect' dalam borang kastam bagi tujuan import.
"Kuantiti rampasan dianggarkan sebanyak 25,000 liter bernilai RM187,500 dengan jumlah cukai sebanyak RM48,750," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Latif berkata pengimport dan ejen penghantaran yang disyaki terlibat dalam pengimportan air zam zam sedang disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Jika disabit bersalah, hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan atau RM50,000 yang mana lebih besar atau tidak lebih daripada dua kali ganda nilai barangan atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 40 kali ganda nilai barangan atau RM1 juta yang mana lebih besar atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi penyeludupan rokok putih, Abdul Latif berkata cubaan itu dipatahkan pada 28 Jan di Kota Kemuning, Shah Alam dengan rampasan 2.3 juta batang membabitkan sebuah lori dengan muatan kontena 40 kaki dengan anggaran nilai sebanyak RM184,000 dan anggaran cukai adalah sebanyak RM1.5 juta.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kontena terbabit mendapati terdapat sejumlah rokok putih jenama 'Zon King' dan pemandu lori warganegara tempatan berumur 51 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 atas cubaan mengelakkan dengan fraud duti kastam serta mengelakkan larangan import mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 serta cubaan mengelakkan dengan fraud duti eksais di bawah Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.
Bagi penyeludupan tembakau pula, Abdul Latif berkata sindiket itu berjaya ditumpaskan pada 29 Jan di Pelabuhan Klang dengan rampasan seberat 15,000 kilogram dalam sebuah kontena bersaiz 40 kaki dengan anggaran nilai sebanyak RM225,000 dan cukai bernilai RM1.15 juta.
Katanya, ejen perkapalan yang disyaki terlibat sudah dikenal pasti dan tindakan sedang diambil untuk mengesan individu terbabit bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 atas cubaan mengelakkan dengan fraud duti kastam serta mengelakkan larangan import mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 serta cubaan mengelakkan dengan fraud duti eksais di bawah Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.
Abdul Latif berkata orang ramai digesa membantu JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil malah mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Abdul Latif berkata cubaan menyeludup dagangan yang disyaki air zam zam dengan menggunakan sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Klang berjaya dilumpuhkan pada 27 Jan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada syarikat di Malaysia dapat lesen import dan jual air zam zam
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan, tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air

Sindiket seludup air zam zam, rokok putih, tembakau tumpas - JKDM
JKDM berjaya menumpaskan tiga sindiket penyeludupan melibatkan air zam zam, tembakau dan rokok putih di Pelabuhan Klang dan Shah Alam pada 27 hingga 29 Jan lepas.

Elak beli air zam zam di pasaran tempatan - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak membeli air yang dilabel sebagai air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan.

Video tular: Campak air zamzam, kakitangan Pos Malaysia digantung kerja
Pos Malaysia Berhad di laman media sosial Facebook, pihaknya juga turut memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut.