KUALA LUMPUR:Ugutan bunuh keatas seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Sarawak Khamis lepas dipercayai berpunca daripada tindakan pegawai berkenaan yang mengetuai operasi di Pelabuhan Rajang dan Pelabuhan Bintulu sebelum ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai kira-kira RM2.64 juta, dengan anggaran jumlah cukai dan duti terlibat dianggarkan RM655,301.
Beliau menegaskan pihaknya akan terus menjalankan amanah menjaga keselamatan dan hasil negara melalui penguatkuasaan yang ketat dan tidak berkompromi dengan ancaman daripada mana-mana anasir yang ingin mengganggu gugat kedaulatan serta keselamatan negara.
"Jabatan Kastam turut memandang serius sebarang bentuk ugutan atau ancaman ke atas pegawai-pegawainya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
BACA: Ugut pegawai kanan kastam dengan peluru, polis tahan tiga lelaki buru suspek utama
Abdul Latif seterusnya merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang berjaya menahan tiga individu disyaki terlibat menghantar nota ugutan itu, bagi membantu siasatan.
Jumaat lepas, polis Sarawak mengumumkan penahanan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap seorang pegawai kanan kastam yang menerima dua butir peluru hidup beserta nota yang bertulis “got two bullets, one long one short, which one you want” di kediamannya di Jalan Matang, Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Abdul Latif merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang berjaya menahan tiga individu disyaki terlibat menghantar nota ugutan itu. --fotoBERNAMA/Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sindiket seludup air zam zam, rokok putih, tembakau tumpas - JKDM
JKDM berjaya menumpaskan tiga sindiket penyeludupan melibatkan air zam zam, tembakau dan rokok putih di Pelabuhan Klang dan Shah Alam pada 27 hingga 29 Jan lepas.

Kastam zahir penghargaan kecekapan polis tahan tiga lelaki bantu kes ugut pegawainya
Operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai kira-kira RM2.64 juta.

Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu - KSN
Abdul Halim telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam.