Datuk Abdullah Abu Bakar yang didakwa terlibat dalam protes membantah salib di sebuah gereja di Taman Medan hari ini menafikan telah mengetuai protes tersebut mahupun terlibat dengannya.
Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau berkata dakwaan tersebut dan juga dakwaan yang mengatakan beliau adalah ketua kampung, adalah tidak benar sama sekali.
"Tidak benar... saya bukan ketua pendemo. Tak ada sesiapa yang jadi ketua pendemo pun. Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat idea itu... dan sekarang dah jadi viral," tegas beliau.
Menurut Abdullah, beliau hanyalah bertindak sebagai orang tengah kepada penduduk Taman Medan berkenaan bagi meredakan kemarahan kumpulan yang membantah gereja tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Cawangan Taman Lindungan Jaya, menafikan bahawa protes tersebut bermotifkan politik seperti yang didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Taman Medan, Haniza Talha.
Beliau juga menganggap bahawa isu ini telah pun selesai selepas mengadakan perbincangan baik dengan pihak gereja dan meminta mereka menurunkan salib pada bangunan gereja tersebut.
"Kita cadangkan salib diturunkan untuk menjaga sensitiviti penduduk, dan seorang wakil gereja, Madam Victoria bersetuju untuk menurunkan salib selepas dua jam protes itu bersurai dan saya amat berterima kasih kepada beliau," katanya.
Abdullah bersama wakil penduduk Taman Medan sebelum itu telah berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan juga pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Beliau memberitahu telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua MBPJ, Datuk Mohd Roslan Sakiman bahawa gereja tersebut tidak mendapat kebenaran untuk beroperasi.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan perkara itu untuk ditangani pihak berkuasa.
Sementara itu, Abdullah turut memaklumkan bahawa adiknya, iaitu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghubunginya kira-kira jam 12 tengah hari tadi untuk bertanya tentang situasi isu berkenaan.
"Jadi, saya beritahulah pada adik saya... tak ada apa, semua dah selesai. Dan saya pun dah terangkan situasi sebenar," katanya.
Abdullah juga menyelar tindakan beberapa pihak termasuk pembangkang yang dikatakan memperbesarkan isu ini.
"Isu ni kecil sahaja... pembangkang mainkan isu ini. Sebelum ni kita ada kawasan penduduk yang dikelilingi kuil, tak ada masalah pun.
"Tapi salib ni mereka fobia sebab tiba-tiba ada gereja. Tetapi persepsi mereka (terhadap gereja) kita hendak kawal... tak payah hendak panjangkan isu," katanya lagi.
Sekumpulan 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya pada Ahad dilapor melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka di situ.
Mereka turut mempersoalkan lambang salib yang diletakkan di luar gereja berkenaan selain menuntut ia diturunkan kerana lambang suci penganut Kristian itu dikatakan boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam di sana.
Dalam pada itu, Khalid Abu Bakar dalam kenyataan terbarunya telah menyifatkan protes yang diadakan di gereja Taman Medan itu tidak mengandungi unsur-unsur hasutan.
BACA: Tiada unsur hasutan dalam bantahan gereja Taman Medan - KPN
Menurut beliau, ini adalah kerana bantahan tersebut telah diadakan berhubung isu lokasi dan tidak menyentuh tentang agama Kristian.
Walau bagaimanapun kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tegas mengatakan kumpulan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.
BACA: Tindakan protes gereja Taman Medan satu hasutan - Zahid Hamidi
Katanya, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sensitiviti agama sama ada agama Islam mahupun agama lain.
"Tidak kira.. tidak kira siapa. Sesiapa yang menyentuh mana-mana agama, agama Islam terutamanya atau mana-mana agama lain tertakluk kepada akta hasutan," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Alumni ESQ Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin.
Haider Yutim
Mon Apr 20 2015
Datuk Abdullah menafikan bahawa protes tersebut bermotifkan politik. -Foto YouTube
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Isu salib: Polis rakam keterangan abang KPN
Polis telah merakam keterangan Datuk Abdullah Abu Bakar selepas menyoal siasatnya selama hampir tiga jam berhubung insiden bantahan gereja di Taman Medan.
Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan
Penduduk Taman Medan, Datuk Abdullah Abu Bakar menafikan telah mengetuai protes membantah salib di sebuah gereja di taman tersebut.
Tiada unsur hasutan dalam bantahan gereja Taman Medan - KPN
Tiada unsur hasutan dalam protes yang diadakan di hadapan sebuah gereja di Taman Medan semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.