Menurut Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, kesemua mereka ditahan dalam operasi bersepadu Op Kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang.
Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia (31), Bangladesh (16), Afghanistan (10), Pakistan (8), Nepal (4), Thailand (4), Myanmar (3), Australia (3), India (3), Filipina (2), serta masing-masing dari negara Eropah dan Afrika.
"Kesemua ditahan dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JIM Selangor untuk siasatan lanjut.
"Mereka disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," ujar Khairrul.
Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Selangor, Johari Supardi yang melibatkan 33 pegawai itu berakhir sekitar jam 9 malam.