KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 Sept bagi keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion terhadapnya membabitkan projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan peguam Datuk Jagjit Singh, yang mewakili Rosmah.
"Saya memerlukan masa untuk mempertimbangkan keputusan. Saya mencadangkan untuk memberi keputusan saya pada 9 Sept, pukul 9 pagi," kata hakim.
Terdahulu, Sri Ram berhujah bahawa pelantikan beliau di bawah Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dari 30 Ogos 2018 oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah.
Seksyen 376(3) memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk melantik timbalan pendakwa raya yang akan melaksanakan kuasa pendakwa raya.
Sri Ram juga berhujah bahawa Peguam Negara sekarang, Tan Sri Idrus Harun yang telah mengeluarkan surat undur tarikh mengenai pelantikannya pada 21 Mei, tahun ini, dapat membetulkan segala kecacatan oleh Thomas kerana Seksyen 50 (b) Akta Tafsiran 1948/1967 (Akta 388 ) memberi kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa untuk membuat lantikan dengan kesan retrospektif.
"Seperti Parlimen telah memberikan kuasa kepada eksekutif atau pihak berkuasa pentadbiran untuk membuat pelantikan retrospektif," kata Sri Ram.
Sementara itu, Jagjit berpendapat pelantikan Sri Ram bertujuan untuk mengendalikan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak berkaitan dengan kes solar Rosmah.
"Sri Ram tidak mempunyai kuasa undang-undang atau locus standi untuk muncul dalam perbicaraan ini. Surat pelantikan beliau tiada kaitan dengan kes projek solar Rosmah," katanya.
Rosmah, 69, memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju memberikannya kepada pasukan pembelaan.
Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.
Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas.
Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Peguam Negara ketika ini iaitu Tan Sri Idrus Harun.
Bernama
Thu Jul 15 2021
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan peguam Datuk Jagjit Singh, yang mewakili Rosmah. - Gambar fail
Ahmad Zahid mahu pelaksanaan PuTERA35 dipantau keberkesanannya
Ahmad Zahid berkata elemen pemilikan, penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam aspek ekuiti terutamanya, menjadi teras utama dalam PuTERA35.
Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan cukai karbon sebagai dorongan kepada syarikat tempatan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Bekas banduan dituduh sokong pengganas
Mahkamah Sesyen Kota Bharu menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes bekas banduan didakwa empat pertuduhan memiliki bahan berkaitan dan memberikan sokongan kepada kumpulan IS.
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan ketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
Lufthansa batal lebih banyak penerbangan ke Timur Tengah
Disebabkan situasi tidak menentu yang berterusan di Timur Tengah, Kumpulan Lufthansa telah membatalkan lebih banyak penerbangan ke rantau itu, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong data ekonomi yang kukuh
Bursa Malaysia melonjak 1.53 peratus hari ini, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong oleh sentimen positif susulan data ekonomi tempatan yang kukuh.
Pemuda hilang selepas keluar rumah di Bukit Jambul sejak Sabtu
Keluarga kepada Muhammad Danish Syamil Jusfaridan, 21, memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan pemuda itu yang dilaporkan hilang Sabtu lepas.
AWANI Borneo [19/08/2024] – Perdagangan karbon | Bantu survival peniaga | Terjunan emas Elvis
Tumpuan Awani Borneo 19 Ogos 2024 bersama Pia Ernadya
- Perdagangan karbon, Sarawak tunggu lampu hijau kerajaan pusat
- Penjaja Sabah terima bantuan RM500 menerusi SYABAS
- Terjunan emas Elvis Priestly di pusat akuatik Pandelela Rinong
#AWANInews
- Perdagangan karbon, Sarawak tunggu lampu hijau kerajaan pusat
- Penjaja Sabah terima bantuan RM500 menerusi SYABAS
- Terjunan emas Elvis Priestly di pusat akuatik Pandelela Rinong
#AWANInews
PapLite Pro: Inovasi untuk saringan serviks yang lebih baik
Inovasi ini bertujuan meningkatkan saringan serviks dengan menjadikannya kurang invasif dan lebih berkesan.
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh penghakiman ingkar terhadap seorang pemilik akaun TikTok dalam kes saman fitnah yang dikemukakannnya.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.