SERDANG: Seramai 7,700 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berada dalam enam kategori yang dibenarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk hadir ke kampus mula mendaftarkan diri mulai 4 hingga 13 Mac ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Arifin Abdu berkata, daripada jumlah itu, seramai 6,500 pelajar di kampus Serdang dan 1,200 pelajar di kampus Bintulu, Sarawak.
Beliau berkata, pengurusan kemasukan pelajar ke kolej kediaman dilaksanakan mengikut zon, tarikh dan sesi.
“Semua pelajar yang telah mendapat sokongan/pengesahan daripada pihak Fakulti/Pusat/Sekolah masing-masing untuk kembali ke kampus UPM Serdang dikehendaki mematuhi jadual kemasukan ke kolej kediaman secara berperingkat mengikut zon, tarikh dan sesi yang telah ditetapkan.
“Bagi Zon Utara dan Timur, pelajar hanya dibenarkan untuk hadir pada 4 hingga 6 Mac melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Bagi Zon Tengah pula bermula pada 7 hingga 9 Mac membabitkan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya manakala bagi Zon Selatan pula melibatkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mula hadir pada 10 hingga 12 Mac 2021.
“Kemasukan pelajar dari Sabah dan Sarawak pula bergantung kepada tarikh tiket penerbangan masing-masing sepanjang tempoh 4 hingga 31 Mac 2021,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Arifin memberitahu, susunan pendaftaran pelajar juga dibuat mengikut peringkat dan jumlah tertentu bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) khususnya mengelakkan himpunan ramai supaya penjarakan fizikal dipatuhi.
“Sehubungan itu, kita lakukan sesi pendaftaran seramai 500 pelajar sehari di kolej kediaman masing-masing yang mana daripada jumlah itu, 250 pelajar masing-masing ditetapkan untuk sesi pagi dan petang.
“Selain itu, mereka juga telah dibekalkan semua maklumat berhubung langkah keselamatan dan pematuhan SOP selain menetapkan masa sesi pendaftaran bagi setiap pelajar,” jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Sat Mar 06 2021
![7,700 pelajar UPM mula hadir ke kampus 7,700 pelajar UPM mula hadir ke kampus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615005180_Gadis.jpg)
Semua pelajar yang hadir mendaftarkan diri ke UPM diwajibkan memakai gelang kuning bagi menjalani proses isolasi selama 10 hari untuk tujuan pemantauan. - Astro AWANI / Fauzi Suhaimi
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720494952_pelajarsekolahber.jpg)
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
![Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719667891_IPDKajang.jpg)
Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia
Seorang pelajar tingkatan satu yang cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia awal pagi Sabtu.
![Indonesia, Thailand sasar tingkatkan kerjasama pendidikan Indonesia, Thailand sasar tingkatkan kerjasama pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719069215_Thailandindonesia.jpg)
Indonesia, Thailand sasar tingkatkan kerjasama pendidikan
Ramai pelajar Thailand, termasuk mereka yang mendapat biasiswa, sedang melanjutkan pengajian di Indonesia, terutamanya di Yogyakarta.
![HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717813186_tbTVET.jpg)
HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama
Kementerian Sumber Manusia ingin menghasilkan graduan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara holistik dan mampan.
![13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di California 13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717632187_brokendoor.jpg)
13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di California
Pelajar yang menyertai protes itu akan digantung serta-merta dan mana-mana pelajar di tahun akhir tidak akan dibenarkan menamatkan pengajian.
![220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia 220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717038880_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia
Sebanyak 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET.
![HAWANA 2024 menutup tirai dengan kejayaan baharu HAWANA 2024 menutup tirai dengan kejayaan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716866119_Hawana.jpg)
HAWANA 2024 menutup tirai dengan kejayaan baharu
Persidangan membicarakan 11 topik yang selari dengan temanya, Evolusi Media dalam Era Digital.
![Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716631742_AbdullahSaidol.jpg)
Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol
Ini akan membolehkan pelajar jurusan komunikasi memahami bahawa mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk serta cara.
![Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716218436_LogoAPMAngkatanP.jpg)
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
![UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881859_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.