NEW DELHI: Sekumpulan pelajar Palestin tiba di Pakistan pada Isnin untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan ketika Israel terus memusnahkan hospital dalam perang genosid yang dilancarkan terhadap penduduk Palestin.

Kumpulan pertama pelajar Palestin tiba di Lahore, wilayah Punjab dan lebih ramai akan tiba di Islamabad, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Ishaq Dar di platform X miliknya.

"Seramai 190 pelajar akan tiba di Pakistan untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan," katanya.

Israel terus memusnahkan hospital, sekolah, universiti, masjid, dan semua bentuk infrastruktur awam Palestin dalam kempen pengeboman yang berlangsung selama setahun.

Pakistan menawarkan sokongan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan mengecam jenayah perang Israel di pelbagai forum antarabangsa.

-- BERNAMA