Pengendali dari Korea Selatan itu menyenaraikan ramai pemain muda bagi kempen sulung ini dengan perlawanan dilangsung berselang tiga hari.
Dia menjelaskan jadual perlawanan tiga hari sekali 'boleh membunuh pemain' sambil mencadangkan hanya sebuah negara sahaja wajar menjadi tuan rumah -- sebagaimana dalam format ketika ia dikenali sebagai Piala AFF.
Namun, Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, pula memiliki pandangan berbeza dan menjadikan kancah di Eropah sebagai rujukannya.
"Kelab Eropah pun beraksi tiga hari sekali, saingan domestik pada hujung minggu sementara perlawanan peringkat benua di pertengahan minggu," katanya.
Bahkan, Sang Garuda sudah mempunyai cara tersendiri dengan memberi ruang kepada pemain muda untuk mengutip pengalaman dalam kejohanan dwitahunan ini memandangkan ia dianjurkan di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Lantaran itu, tiada keperluan Tae-yong merungut dengan jadualnya kerana ia sudah dipersetujui awal.
"Kami sudah bersetuju dengan jadualnya sebelum kejohanan bermula, kami harus menghormati komitmen ini.
"Kami tidak patut banyak merungut," katanya. -- Stadium Astro