PUTRAJAYA: Enam puluh tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diambil tindakan tatatertib di atas pelbagai kesalahan dari 2016 hingga 18 Okt lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 daripadanya telah diambil tindakan buang kerja dan antara kesalahan dilakukan termasuk berkaitan kecuaian, tidak hadir bertugas dan terbabit dalam aktiviti yang tidak sesuai dengan etika SPRM.
"Mereka ini dikenakan hukuman yang sesuai berdasarkan kesalahan yang dilakukan manakala selebihnya dikenakan tindakan lain seperti amaran dan juga denda.
Enam puluh tiga individu yang didapati melakukan kesalahan berkenaan terdiri daripada dua kelompok pegawai iaitu kumpulan pengurusan dan kumpulan sokongan," katanya kepada media dalam program Wawancara Khas Bersama Pengerusi JKA SPRM di Ibu Pejabat SPRM, di sini.
Beliau berkata setiap aduan salah laku yang diterima Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) SPRM akan dipantau JKA secara berkala setiap tiga bulan bagi menilai aduan dan tindakan yang diambil suruhanjaya terhadap aduan tersebut.
Ahmad berkata JKA juga akan memberikan pandangan dan cadangan yang sesuai untuk tindakan setiap aduan itu selain berbincang dengan wakil daripada pengurusan tertinggi SPRM iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Junipah Wandi berkaitan prosedur dan tindakan.
"Dalam menjalankan tugas, JKA akan turut dibantu BCP yang melaksanakan tugas selaras dengan penubuhannya seperti siasatan berkaitan pelanggaran salah laku oleh warga SPRM, pengurusan tatatertib, pengukuhan integriti bagi meningkatkan kesedaran integriti (dan) pengurusan aduan dalam SPRM.
"Selain itu, JKA dibantu dalam pematuhan terhadap undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan warga SPRM mematuhi prosedur dan arahan berkuat kuasa antaranya meningkatkan integriti melalui pematuhan SOP tatacara kerja membuat saringan awal air kencing memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah," katanya.
Beliau berkata Sekretariat kepada JKA pula berfungsi menguruskan urusan yang berkaitan dengan saluran aduan, pelaporan, tindakan dan cadangan penambahbaikan.
Beliau berkata semua aduan berkaitan pelanggaran tatatertib yang tidak bersifat jenayah boleh disalur melalui talian di 03-8870 0050 atau emel di aduan.bcp@sprm.gov.my atau p1@sprm.gov.my.
"Boleh juga datang sendiri bersama dokumen sokongan jika ada atau menulis surat ke alamat (iaitu) Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Aras 13, Blok A, No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250, Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata setiap kes melibatkan pegawai SPRM terbabit rasuah, salah laku atau sebarang aktiviti jenayah pasti mengundang persepsi negatif terhadap organisasi itu keseluruhannya, walaupun hanya segelintir anggota sahaja mungkin terlibat.
"Sebagai Pengerusi JKA, saya memandang serius perkembangan negatif ini dan memberi jaminan bahawa isu seumpama ini tidak akan terlepas dan pasti (akan) ada tindakan sekiranya ia benar serta terbukti berlaku.
"Berdasarkan pemerhatian JKA, SPRM telah melakukan yang terbaik bagi memastikan kawalan dalaman terhadap pegawai seperti wujudnya Pelan Antirasuah SPRM (2021-2025) dan Kod Etika dan Tatakelakuan SPRM, selain melaksanakan beberapa program pengukuhan integriti," katanya.
Selain itu, Ahmad berkata SPRM juga harus peka kepada evolusi teknologi dan kaedah baharu mengesan salah laku serta rasuah di luar atau dalam organisasi bagi memelihara integriti suruhanjaya itu.
"SPRM harus memperhalusi program integriti sedia ada dan menguji keberkesanannya dari semasa ke semasa (selain) mencari kaedah menambah baik sistem atau mewujudkan sistem integriti baharu yang mampu mengesan dan menutup segala peluang rasuah dan salah laku dalam kalangan warga kerjanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Pengerusi Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Said bercakap kepada pemberita semasa wawancara khas berhubung isu integriti dalam SPRM di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Foto BERNAMA

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.