Sebanyak 55 saksi akan dipanggil dalam empat sesi pendengaran awam Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung kes kematian tahanan di dalam lokap polis, S.Balamurugan pada 17 Feb lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Selangor.
Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata sesi pendengaran awam itu ditetapkan pada 15 hingga 19 Mei; 5 -9 Jun; 10-14 Julai; dan 24 -28 Julai di Bilik Pendengaran EAIC, Aras 11, Bangunan Menara Usahawan, Presint 2 di sini dari 9 pagi hingga 4.30 petang.
Beliau berkata pihak EAIC akan memanjangkan jemputan kepada keluarga tahanan (si mati), Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Suhakam, Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkepentingan selaras dengan Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 .
"Pendengaran awam ini yang akan diketuai oleh saya dan beberapa pesuruhjaya yang lain merupakan lanjutan daripada siasatan awal pasukan petugas EAIC bagi mengesan sama ada terdapat salah laku dalam kes yang melibatkan kematian S.Balamurugan semasa dalam tahanan polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Balamurugan, 44, ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8 Feb lepas. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017

Balamurugan ditemui mati semasa dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8 Feb lepas. Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).

Pemimpin setempat, NGO berperanan sebagai 'mata-mata' Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Masyarakat tidak perlu takut laporkan sebarang ketidakadilan kerana melalui saluran yang sah, setiap aduan akan disiasat dengan telus.

Pasukan petugas khas perlu diwujudkan, tangani isu salah laku - Pengerusi EAIC
Pasukan petugas khas perlu diwujudkan bagi menangani pelbagai isu serius melibatkan salah laku dan integriti dengan lebih berkesan.

Penyeludupan hidupan liar: Perketat prosedur pemeriksaan di lapangan terbang
Ismail berkata mesin pengimbas di pintu masuk negara perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan mesin beroperasi dengan optimum.

Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.

EAIC tubuh pasukan petugas khas siasat sindiket visa perubatan warga asing
EAIC menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu salah laku berhubung sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing daripada beberapa negara.

Sindiket visa perubatan: EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial
EAIC menyita 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket visa perubatan yang melibatkan pegawai Jabatan Imigresen (JIM).

Sindiket visa perubatan, JIM serah siasatan kepada EAIC
JIM menyerahkan siasatan terhadap beberapa pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam sindiket visa perubatan kepada EAIC.

AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.

EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara
Memorandum itu menuntut tindakan segera menghentikan penggunaan pukat tunda yang mengakibatkan kekurangan sumber dan menimbulkan konflik.