Seramai 5,827 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian tinggi dalam semua subjek menerusi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang diumumkan hari ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian pelajar MRSM ini satu kejayaan yang memberangsangkan kerana mereka merupakan kohort yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sejak mereka di Tingkatan 4.
SPM 2021 juga merupakan peperiksaan yang pertama kali menggunakan format baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
“Calon-calon SPM 2021 ini berhadapan dengan cabaran pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana mereka hanya berpeluang mengikuti pembelajaran secara bersemuka selama tiga bulan sahaja.
“Dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi, seramai 904 orang calon MRSM memperoleh semua A merangkumi A+, A dan A-,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan media dikeluarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.
Jelas beliau, format SPM 2021, telah diperkenalkan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penjajaran subjek Bahasa Inggeris kepada The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) serta Ujian Amali Sains.
Walaupun terdapat perubahan dalam format kertas peperiksaan, kedua-dua subjek teras tersebut menunjukkan pencapaian yang baik oleh pelajar MRSM.
Subjek Bahasa Melayu juga katanya menunjukkan pencapaian Gred Purata Subjek (GPS) 1.097 dengan seramai 6,682 orang calon memperoleh gred A.
Manakala bagi subjek Bahasa Inggeris mencapai GPS 1.577 dengan bilangan calon seramai 5,749 orang.
"Secara keseluruhan, keputusan SPM 2021 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.536.
"4 buah MRSM mencatat prestasi cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Langkawi dan MRSM Tun Abdul Razak", ujar Mahdzir.
Untuk rekod, seramai 7,307 orang pelajar dari 53 buah MRSM di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan SPM 2021 pada bulan Mac 2022.
“Saya menyeru kepada pelajar lepasan SPM yang cemerlang untuk merebut peluang penajaan yang disediakan MARA untuk mereka menyambung pengajian di dalam dan luar negara.
"Syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan demi kejayaan anak-anak pelajar," katanya.
Pengurusan MARA kata Mahdzir, akan terus komited untuk memastikan peningkatan prestasi akademik calon-calon SPM bagi tahun 2022.
Kenyataan Media
Thu Jun 16 2022

Mahdzir berkata, pencapaian pelajar MRSM ini satu kejayaan yang memberangsangkan kerana mereka merupakan kohort yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sejak mereka di Tingkatan 4. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.