TEHRAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 11 lagi cedera pada Ahad apabila beberapa bangunan sedang dalam pembinaan runtuh di ibu negara Iran Tehran, lapor media tempatan.
Insiden itu berlaku pada sebelah pagi ketika kakitangan Majlis Perbandaran Tehran, disokong oleh pasukan polis wilayah sedang menyelia kemusnahan sebuah bangunan "tidak selamat" di Daerah 19, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA).
Kejatuhan bangunan itu mengakibatkan lima bangunan bersebelahan yang tidak mematuhi syarat keselamatan runtuh, menyebabkan empat pegawai polis dan dua kakitangan majlis perbandaran tertimbus di bawah runtuhan, kata ISNA, memetik kenyataan Pusat Maklumat Polis Tehran.
Pasukan penyelamat berusaha untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan menurut kenyataan itu, sambil menambah empat orang berjaya diselamatkan setakat ini.
Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Jabatan Bomba Tehran, Jalal Maleki berkata kejadian itu dilaporkan pada 12.24 tengah hari waktu tempatan (0854 GMT) dan pasukan penyelamat, disokong oleh kren dan peralatan pembersihan segera dihantar ke tempat kejadian.
Beliau menyatakan satu daripada bangunan runtuh sepenuhnya manakala yang lain runtuh sebahagiannya sambil menambah tidak ada pekerja di dalamnya.
Sementara itu, Ketua Pusat Penerangan Polis Tehran, Babak Namakshenas, mengesahkan dua daripada mangsa adalah pegawai polis.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Satu daripada bangunan runtuh sepenuhnya manakala yang lain runtuh sebahagiannya di mana tiada pekerja di dalamnya. - Foto Twitter/Voice of South Azerbaijan
Farm Fresh meriahkan raya dengan ‘Bawa Balik Yang Itu’
Syarikat tenusu nombor satu tempatan, Farm Fresh mencipta kelainan menerusi iklan raya 'Bawa Balik Yang itu' mengisahkan seorang anak muda yang berusaha memenuhi permintaan ibunya untuk menyempurnakan hari raya mereka.

Bonus raya, cuti tambahan penjawat awam Kelantan ditentukan minggu depan
Keputusan mengenai pemberian bonus raya dan cuti tambahan kepada penjawat awam di Kelantan akan diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.
Syarikat, ahli korporat sumbang RM1.96 juta kepada anggota ATM
Sumbangan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,777,500 manakala nilai barangan RM178,920, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM1,956,429.
DBKL ada tanggungjawab sosial lindungi kepentingan kuil
Pengurusan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman menegaskan kuil itu perlu kekal di atas tapak kerana usianya yang sudah menjangkau 130 tahun, serta berfungsi sebagai pusat kebudayaan selain rumah ibadat.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

FAMA tingkat hingga 40 peratus bekalan kelapa, tampung keperluan menjelang Aidilfitri
Usaha itu antara langkah proaktif FAMA dalam memastikan kecukupan bekalan untuk kegunaan domestik pada musim perayaan.

Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun
Jumlah penduduk negara itu mencapai 27.3 juta pada 30 September tahun lalu, meningkat sebanyak 484,000 orang berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial
Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia
Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Tiada prasyarat dalam Perlembagaan negeri TYT perlu asal Pulau Pinang - Chow
Tiada prasyarat dalam Perlembagaan Negeri mewajibkan pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat atau berasal dari negeri itu.

Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.

Pemimpin Belanda terkejut letupan bangunan di The Hague
Letupan berlaku pada pagi Sabtu di sebuah bangunan di Jalan Tarwekamp, Daerah Mariahoeve, timur laut The Hague.

Seorang maut, 28 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Dar es Salaam
Seorang maut dan 28 yang lain cedera apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di pinggir bandar Kariakoo di Dar es Salaam, bandar pelabuhan Tanzania.

Bangunan runtuh di Bukit Senjuang projek haram, tiada permohonan binaan - MBMB
MBMB telah menyita kawasan tersebut dan akan mengeluarkan kompaun maksimum RM50,000 kepada pemilik bangunan.

Seorang maut, dua selamat dalam insiden bangunan runtuh
Lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.

Angka kematian bangunan runtuh di Lucknow India meningkat kepada 8 orang
Kira-kira 30 mangsa telah diselamatkan dan menjalani rawatan di hospital berbeza.

Hari Kebangsaan: Jentera USAR bakal ditonjolkan buat julung kali
Jentera Urban Search and Rescue (USAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kelab Bomba Cilik antara kelainan ditonjolkan dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-67.

Banjir kilat di Indonesia ragut 11 nyawa
Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat awal pagi Ahad mengakibatkan 11 kematian di daerah Rua, Ternate, Maluku Utara.