Sebanyak 23 premis di Pulau Pinang dipotong bekalan elektrik kerana didapati menjalankan kegiatan perjudian secara haram di sebalik pelbagai perniagaan dalam operasi khas polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada Jumaat.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata dalam Ops Dadu Khas bermula jam 10 pagi itu, pihaknya mendapati premis tersebut perniagaan lain di bahagian hadapan antaranya kedai runcit, menjual telefon bimbit, kedai tambah nilai telekomunikasi dan barangan terpakai.
"Mereka (ejen perjudian) menggunakan bahagian belakang (premis) untuk menjalankan kegiatan haram tersebut dan pelanggan pula terdiri daripada orang dikenali sahaja atau pelanggan tetap," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, terdapat premis yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) kerana ejen perjudian akan memantau pergerakan mereka yang hadir ke situ bagi mengelak diserbu pihak berkuasa.
Sementara itu, Sahabudin berkata sejak awal tahun hingga 19 Ogos lepas sebanyak 556 premis perjudian di seluruh negeri itu telah diserbu polis dalam usaha membanteras kegiatan judi haram.
Katanya, sepanjang tempoh sama seramai 862 orang ditahan kerana terbabit dengan perjudian dan sebanyak 890 komputer serta telefon bimbit bersama wang tunai RM361,476 telah dirampas.
"Polis Pulau Pinang melancarkan Ops Dadu Khas sejak 18 Ogos lalu bagi mengesan ejen serta rangkaian sindiket perjudian di negeri ini dalam usaha memastikan negeri ini bebas daripada segala kegiatan judi haram.
"Saya juga telah arahkan semua ketua polis daerah untuk mengambil tindakan lebih tegas dengan menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 22 2020
Polis melancarkan Ops Dadu Khas sejak 18 Ogos lalu bagi mengesan ejen serta rangkaian sindiket perjudian di Pulau Pinang dalam usaha memastikan negeri ini bebas daripada segala kegiatan judi haram.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.
Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.
Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.
Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik
Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu.
Taufan Debby landa Florida Big Bend, banjir besar dijangka
Taufan Debby tiba di pedalaman di wilayah Florida Big Bend dengan banjir besar dijangka berlaku di tenggara AS.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
600,000 terputus bekalan elektrik di Rusia akibat panas melampau - Kementerian Tenaga
Suhu luar yang sangat tinggi menjadi punca gangguan besar bekalan elektrik di beberapa kawasan di Rusia.