Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 759 individu yang ditahan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Katanya, daripada 759 yang ditahan, 715 individu dikompaun dan 44 direman.
Berikut merupakan perkara penting berkait penguatkuasaan PKP semalam:
- 759 individu ditahan ingkar SOP, 715 dikompaun, 44 direman
- Rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran catat kesalahan tertinggi, 203 individu
- 36 PATI ditahan; empat kenderaan darat dan sebuah bot ditahan
- 623 individu tiba dari luar negara semalam, semua dikuarantin
- 6,118 warga asing jalani ujian saringan COVID-19 semalam, dua didapati positif