Kadar kematian akibat denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan 20 kematian direkodkan berbanding 15 kematian, bagi tempoh sama, tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata mengikut perangkaan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, sebanyak 5,107 kes demam denggi dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga 27 Jun berbanding 5,142 kes, bagi tempoh sama tahun lepas.
"Berbanding kes demam denggi bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 5,142 kes, penurunan ini (kepada 5,107 kes) tidak signifikan.
"Malahan terdapat peningkatan dalam kematian akibat denggi yang ketara dengan sebanyak 20 kematian dilaporkan pada 2020 berbanding 15 kematian pada tempoh sama tahun 2019," katanya berhubung laporan situasi semasa demam denggi di negeri ini, menerusi kenyataan hari ini.
Vidyananthan berkata sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti.
Beliau berkata Johor Bahru mencatatkan daerah paling tinggi kes denggi dengan 80.2 peratus, diikuti Kulai (3.9 peratus), Kluang (3.7 peratus), Segamat (3.3 peratus), Batu Pahat (2.4 peratus), Mersing (2.1 peratus), Kota Tinggi (1.4 peratus), Muar (1.1 peratus), Pontian (0.9 peratus) serta Tangkak (0.9 peratus).
Katanya faktor penyumbang utama demam denggi di negeri ini adalah pengabaian aspek kebersihan persekitaran khususnya tabiat pembuangan sampah yang tidak teratur dan sempurna, sekali gus menyumbang bekas-bekas berpotensi membiak nyamuk aedes.
Sehubungan itu, Vidyananthan berkata masyarakat perlu sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekeliling rumah dan segera menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di luar atau di dalam rumah dengan memastikan tiada tempat takungan yang boleh menjadi tempat pembiakan aedes.
"Masyarakat juga perlu turut serta dalam usaha pemusnahan aedes melalui program komuniti yang merupakan sebahagian daripada Kempen Perangi Denggi Johor. Jangan lupa, sekiranya mengalami demam, segeralah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Sebarang kelewatan boleh membawa maut," katanya.
Vidyananthan berkata pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga berharap orang ramai sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang boleh dipercayai sebelum menularkan sesuatu informasi berhubung denggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
![20 kematian akibat denggi di Johor sejak Januari hingga Jun 20 kematian akibat denggi di Johor sejak Januari hingga Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/81497082216_Aedes.jpg)
Sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti. - Gambar hiasan
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670220742_Foging.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
![Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670554510_denggi.jpg)
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
![Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705568204_Aedes.jpg)
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
![Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705409442_NyamukAedesJentik.jpg)
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
![Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702991607_MuhammadRadziAbuH.jpg)
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
![Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669962172_Penyemburan.jpg)
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
![1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16 1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673924399_denggi.jpg)
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
![Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51593767953_AEDES.jpg)
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
![Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594553029_denggi.jpg)
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
![Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601803680_TBDenggi.jpg)
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.