1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menerima RM42 bilion daripada kerajaan.
Menurut buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab", sebaliknya RM42 bilion dana hutang 1MDB adalah di dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk.
1MDB hanya menerima RM1 juta dalam bentuk ekuiti pada tahun 2009 dan pinjaman jangka masa pendek sebanyak RM950 juta pada Mac 2015 dalam bentuk kredit tersedia.
"1MDB tidak dibiayai modal tempatan dan antarabangsa serta melabur menggunakan modal sendiri," menurut buku itu yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Buku itu juga menjelaskan dana hutang RM42 bilion tidak lesap kerana RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas, RM15.4 bilion untuk dana pelaburan, RM5.8 bilion untuk kos kewangan, RM1.7 bilion untuk kos pembelian tanah dan RM900 juta dalam bentuk tunai.
Buku 62 muka surat itu merupakan pengumpulan jawapan yang pernah dan telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, 1MDB dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung persoalan mengenai 1MDB.
Ia menyediakan jawapan bagi 32 soalan mengenai 1MDB yang disampaikan dengan penjelasan secara ringkas dan mudah serta dibantu dengan infografik.
Antaranya ia menjawab persoalan mengenai benarkah pelaburan dalam usaha sama Petrosaudi satu penipuan? Benarkah 1MDB terpaksa meminjam daripada Ananda Krishnan sebanyak RM2 bilion untuk membayar faedah? Kenapa kerajaan menjual 70 ekar tanah kepada 1MDB dengan harga begitu rendah? Benarkah wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Kenapa perlu pelan rasionalisasi jika 1MDB tidak bermasalah? Dan benarkah pihak polis mengganggu siasatan SPRM dalam kes 1MDB?
Bernama
Fri Sep 04 2015
Menurut buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab", sebaliknya RM42 bilion dana hutang 1MDB adalah di dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk. -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.