Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyeru rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sekarang ini menjalankan siasatan berkaitan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Adalah penting bagi SPRM agar dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut atau berpihak.
"Atas sebab ini, saya menyeru semua rakyat Malaysia, parti-parti politik dan anggota masyarakat untuk berdiri teguh bersama SPRM bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sokongan itu adalah perlu dalam usaha mengembalikan semula kredibiliti dalam siasatan 1MDB.
Tambah Mohamed Azmin, SPRM perlu dibenarkan untuk meneruskan siasatan 1MDB dan menggesa badan itu menggunakan kuasa dalam peruntukan undang-undang bagi menepis sebarang campur tangan yang tidak sah.
"Penahanan dan soal siasat individu penting yang menyiasat 1MDB 'secara jelas bertujuan untuk menghalang kelancaran siasatan'.
"Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapapun yang menghalang siasatan SPRM," tegasnya yang khuatir momentum siasatan Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terganggu.
Mohamed Azmin juga berkata, siasatan 1MDB perlu dilihat sebagai proses perundangan di negara ini dan ia penting untuk mengembalikan semula keyakinan para pelabur dalam sistem ekonomi serta kewangan negara ini.
Pada 29 Julai, lima panel bebas yang memantau SPRM, dalam satu kenyataan telah menyeru agar Pasukan Petugas Khas termasuk SPRM dibenarkan untuk menjalankan siasatan mereka ke atas 1MDB tanpa rasa gentar atau takut dengan campur tangan pihak berkepentingan.
Panel bebas ini yang terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah), sebulat suara mahu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan hasilnya diumumkan kepada khalayak ramai secepat mungkin.
Setakat ini, tujuh orang pegawai SPRM telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai dakwaan kebocoran maklumat dalam kes 1MDB.
Astro Awani
Wed Aug 05 2015
AZMIN: Adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa pun yang menghalang siasatan SPRM.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.
1MDB: Keterangan menentang Najib, umpama tamatkan hayat sendiri - Hakim
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, ini kerana kedudukan Najib ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Najib kecewa dengan keputusan hakim - Peguam
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.