Seramai 19,073 wanita berdaftar sebagai pemilik perniagaan atas talian setakat 31 Mac lepas, Dewan Negara hari ini diberitahu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Paduka Chew Mei Fun berkata daripada jumlah berkenaan, seramai 17,969 berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan 1,104 orang lagi sebagai pemegang saham syarikat di bawah Akta Syarikat 2016.
"Jumlah wanita sebagai pengarah syarikat perniagaan dalam talian ialah 1,124 orang," katanya semasa menjawab soalan Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang ingin tahu usaha bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada kumpulan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) khusus golongan ibu tunggal di luar bandar termasuk mengadakan kursus perniagaan atas talian.
Bagi meningkatkan penyertaan golongan wanita terutama ibu tunggal dalam perniagaan atas talian, Chew berkata kementerian bekerjasama dengan pusat e-dagang dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menggalakkan penyertaan wanita, sekali gus mendaftarkan perniagaan mereka.
Setakat ini empat karnival ''one SSM'' telah dilaksanakan oleh SSM yang turut melibatkan persatuan wanita dan ibu tunggal di seluruh negara.
Chew berkata latihan peringkat awal kepada para wanita berpotensi menjadi usahawan di bawah program kementerian dan kerjasama dengan kementerian serta agensi lain turut diberikan kepada mereka.
"Bagi usahawan wanita yang telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, mereka akan terus dibimbing dan dipastikan memiliki sijil yang melayakkan mereka bergelar usahawan," katanya.
Antara kursus dan bantuan yang dijalankan ialah program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Inkubator Keusahawan Wanita dan program Bazar Wanita yang merangkumi bidang jahitan, kecantikan dan lain-lain agar golongan ini mampu menjana pendapatan untuk keluarga mereka.
"Semua program ini akan diteruskan termasuk pembiayaan dana oleh Mara (Majlis Amanah Rakyat) dan melalui program 1AZAM yang telah membantu ramai wanita dan ibu tunggal bergelar usahawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Datuk Paduka Chew Mei Fun berkata, Jumlah wanita sebagai pengarah syarikat perniagaan dalam talian ialah 1,124 orang. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.