PASIR MAS: Sebanyak 17 kes terjun jambatan disyaki cubaan membunuh diri direkodkan di Kelantan sejak 2021 sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata daripada jumlah tersebut 15 daripada mangsa ditemui mati lemas manakala seorang berjaya ditemukan selamat.
Beliau berkata dalam kes terbaharu semalam, ia melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini dan pihak bomba masih menjalankan operasi mengesan mangsa.
"Antara jambatan yang paling kerap dijadikan lokasi mangsa terjun adalah Jambatan Sultan Yahya Petra (sembilan kes), Jambatan Tendong (tiga kes), Jambatan Salor (dua), manakala masing-masing satu kes di Jambatan Wakaf King, Jambatan Tok Bali dan Jambatan Pak Nik Lah.
"Bagi statistik mengikut tahun, kita dapati pada 2021 ada tiga kes terjun jambatan, tujuh kes pada 2022 dan enam kes pada 2023.
"Pada awal tahun ini sudah ada satu kes semalam," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana di Tendong, di sini, hari ini.
Zainal berkata kes kejadian terjun jambatan tersebut agak membimbangkan dan berharap pihak tertentu turut mencari jalan penyelesaian termasuk cadangan membina pagar di laluan tepi jambatan kerana dikhuatiri akan berulang kembali selepas ini.
Sementara itu mengulas mengenai kes terbaru semalam, Zainal berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 7.48 malam, semalam.
"Sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong telah ke lokasi dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa.
"Operasi mencari di permukaan Sungai Kelantan telah dilakukan sejak semalam dan akan diteruskan hari ini termasuk dengan Unit K9 dari Subang, Selangor," katanya.
Katanya, operasi akan terus dijalankan sehingga mangsa berjaya ditemui dan yakin mangsa tidak akan hanyut jauh kerana kemungkinan tersangkut di sepanjang sungai itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024

Sebanyak 17 kes terjun jambatan disyaki cubaan membunuh diri direkodkan di Kelantan sejak 2021 sehingga semalam.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.

Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak
Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Muar-Segamat di Tangkak, malam tadi.

Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.

Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai
Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.

Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta
Mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.

Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.

Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri