IPOH: Seramai 17 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak disahkan positif COVID-19.
Ekoran daripada itu, 20 anggota lain turut menjalani kuarantin di kediaman masing-masing kerana berstatus individu dalam siasatan (PUI) atau individu dalam pengawasan (PUS).
Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman berkata, mereka terdiri daripada pegawai dan anggota di beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh negeri.
Bagaimanapun, menurutnya mereka bukan dijangkiti ketika menjalankan operasi, sebaliknya mungkin dari komuniti tempat tinggal.
“Sehingga hari ini, antara balai yang terlibat ialah Taiping dengan tiga kes positif, Sitiawan (8), Parit Buntar (3) dan masing-masing seorang di BBP Kampar, Pantai Remis dan Kamunting,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Bagi status PUS dan PUI pula, beliau memberitahu ia melibatkan keseluruhan 36 orang setakat ini.
Meskipun begitu, beliau memberi jaminan bahawa operasi di semua balai seluruh negeri berjalan seperti biasa.
“Bagi balai-balai tertentu seperti di Sitiawan atau Parit Buntar, kita menyerap sementara anggota dari balai berhampiran untuk membantu.
“Dalam masa sama, kita juga meminta semua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi membantu sekiranya diperlukan,” ujarnya.
Azmi berkata, pihaknya juga sentiasa prihatin dengan pegawai serta anggota yang positif atau menjalani kuarantin dan sentiasa memberi motivasi kepada mereka secara maya.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 09 2021

Seramai 17 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak disahkan positif COVID-19.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Operasi cari dua remaja dikhuatiri lemas di Kampung Tepus disambung pagi ini
Operasi diteruskan jam 9 pagi melibatkan 25 anggota BBP Pantai Remis, Pangkor, Seri Iskandar dan Kuala Kangsar, polis dan penduduk sekitar.

Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.45 malam ketika pengunjung sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan.

11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.

Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.

Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.

Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.

Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.