PASIR GUDANG: Kira-kira 160 tan sampah sarap perlu dikutip setiap bulan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di negeri ini yang menjadi sasaran lokasi pembuangan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata meskipun pembersihan kerap dilakukan, namun jumlah sampah sarap yang direkodkan itu dilihat tidak mengalami perubahan.
"Angka itu kita lihat tidak berubah, masih 80 tan di Sungai Skudai dan Sungai Tebrau juga lebih kurang 80 tan sampah sebulan yang perlu dikutip walaupun pembersihan dilakukan. Sampah yang dikutip termasuk katil dan peti sejuk," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata pembersihan di kedua-dua sungai itu dilakukan dengan menggunakan bot Scavenger di bawah kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Katanya orang ramai perlu bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sekali gus menjadi mata-mata selain menyalurkan maklumat kepada PBT, sekiranya terdapat individu tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai.
Menurutnya, tindakan denda akan dikenakan kepada individu yang membuat kesalahan, malah penguatkuasaan melibatkan pembuangan sampah akan diperhebat antaranya menerusi Taskforce Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai yang telah ditubuhkan sebelum ini.
Pada Ahad lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata kerajaan negeri akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Onn Hafiz dipetik berkata mengikut akta itu mana-mana pihak yang didapati sengaja membuang sampah di tempat awam boleh didenda maksimum RM500 jika disabit buat kali pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Raven berkata meskipun pembersihan kerap dilakukan, namun jumlah sampah sarap yang direkodkan itu dilihat tidak mengalami perubahan. - BERNAMA
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
'Sampah sarap jangan dibawa masuk dalam industri' - XPDC Kita Pengyu
XPDC Kita Pengyu menganggap kehadiran band tiruan yang menggunakan nama dan lagu mereka tidak seharusnya dilayan bahkan jauh sekali tidak layak untuk bersaing dalam industri muzik tanah air.
Dua beranak serba daif: Ibu akan dipindah ke JKM - MB Perak
Warga emas yang tinggal bersama anaknya di sebuah rumah daif penuh sampah sarap dan najis di Flat Taman Silibin, akan ditempatkan di institusi Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM).
Penyewa dari 'neraka' biar bilik dipenuhi sampah
SEORANG pemilik rumah tidak menyangka penyewanya yang selama ini berketerampilan menarik, rupa-rupaya seorang pengotor apabila membiarkan bilik disewanya dipenuhi sampah-sarap.
160 tan sampah dikutip di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai - Exco
Kira-kira 160 tan sampah sarap perlu dikutip setiap bulan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor.
Aktiviti pembinaan, naik taraf punca longkang penuh sampah di Gerbang Malam
Aktiviti pembinaan dan kerja naik taraf merupakan antara punca sebuah longkang berhampiran tapak Gerbang Malam di sini, dipenuhi sampah sarap sehingga menjadi tular.
Warga emas diami bangunan terbiar penuh sampah diselamatkan
Warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai mendiami bangunan dipenuhi sampah sarap itu sejak lebih dua tahun lalu.
Sampah bertaburan di laluan CSR Lipis-Merapoh: Masyarakat perlu sama-sama bertanggungjawab - ADUN
Menjaga kebersihan laluan CSR Lipis-Merapoh termasuk di lebuh raya lain merupakan tanggungjawab bersama.
Proses naik taraf Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ambil masa sebulan
MBPP menambahkan 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia.
Sultan Johor tegur sungai dicemari sampah
Sultan Ibrahim terdahulu berkenan membuat tinjauan dengan mengemudi sendiri 'Airboat' baginda hampir sejam bermula 9 pagi tadi dengan menyusuri sungai berkenaan.
Bersih Sungai Balun: Sultan Perak zahir penghargaan kepada Cikgu Ismail
Baginda bertitah, usaha membersihkan sungai itu daripada sampah sarap yang terperangkap bukan sahaja membantu pengaliran sungai bagi mengelakkan banjir.