IPOH: Aktiviti pembinaan dan kerja naik taraf merupakan antara punca sebuah longkang berhampiran tapak Gerbang Malam di sini, dipenuhi sampah sarap sehingga menjadi tular.
Syarikat konsensi di bawah pihak berkuasa tempatan Perak, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, berkata susulan itu, pihaknya mengambil inisiatif membersihkan longgokan sampah yang terdapat dalam longkang terbabit.
Menurut Pengurus Seksyennya, Ir. Zainal Othman, hasil pemerhatian mendapati terdapat sampah sarap yang bercampur dengan sisa bahan binaan di dalam longkang tersebut.
"Telah tular satu video di media sosial Facebook berkenaan isu longkang berhampiran tapak Gerbang Malam yang telah dipenuhi sampah sarap.
"Video tersebut telah dimuat naik oleh orang awam pada pukul 4 petang semalam dan ia menjadi satu isu yang amat serius.
"Terdapat satu aktiviti pembinaan untuk menaiktaraf kawasan tersebut sedang giat dijalankan dan ia adalah salah satu punca utama kepada masalah ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujarnya lagi, sampah sarap itu hanya terkumpul di kawasan berhampiran lot kedai yang sedang dalam proses ubah suai atau dinaik taraf.
Zainal berkata kawasan jajaran yang berbaki berada dalam keadaan baik dan terurus serta tiada sebarang halangan sampah.
"Hal ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut sehingga menyebabkan longkang tersebut dipenuhi pasir dan bahan binaan yang menghalang laluan air.
"Sekali gus pengaliran tidak dapat berjalan dengan sempurna, ditambah pula ketika cuaca hujan hingga menyebabkan sampah terkumpul di kawasan yang ditularkan," katanya.
Pihaknya juga mencadangkan supaya pihak yang terbabit dengan kerja pembinaan yang berhampiran kawasan dilaporkan menyediakan tong sampah 'roro' (tampung buangan pukal).
"Ia bagi menguruskan dan mengumpulkan sisa binaan secara teratur dan kemas, di samping tidak menjadikan longkang sebagai tempat untuk membuang lebihan binaan," katanya lagi.
Aida Aziz
Wed Jun 22 2022
Sampah sarap itu didapati terkumpul di kawasan berhampiran lot kedai yang sedang dalam proses ubah suai atau dinaik taraf. - Gambar/ Media sosial
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Aktiviti pembinaan, naik taraf punca longkang penuh sampah di Gerbang Malam
Aktiviti pembinaan dan kerja naik taraf merupakan antara punca sebuah longkang berhampiran tapak Gerbang Malam di sini, dipenuhi sampah sarap sehingga menjadi tular.
Masa operasi pasar malam di Ipoh dilanjutkan hingga 10 malam
Sebelum ini, peniaga dan pengunjung pasar malam memohon agar masa operasi dipanjangkan berbanding daripada 4 petang hingga 7 malam.
Gerbang Malam Ipoh dibuka semula mulai Selasa
Gerbang Malam, antara destinasi pelancongan popular di Ipoh, akhirnya dibuka semula mulai Selasa selepas tidak beroperasi selama tiga bulan.