GEORGE TOWN: Kerja-kerja naik taraf bagi mengelak masalah air bertakung di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus akan mengambil masa sekitar sebulan, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang.
Beliau berkata pihaknya telah menambahkan 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia ada bersaiz empat inci kepada enam inci bagi melancarkan aliran air.
"Idea ini dicadangkan oleh jurutera reka bentuk daripada MBPP dan pakar dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan kerja-kerja itu sedang dilaksanakan oleh kontraktor sekarang ini.
"Tiada kesalahan pada reka bentuk asal, namun sekiranya terjejas dengan sampah sarap, perkara ini boleh berlaku. MBPP akan menyenaraikan perkara ini dalam tanggungan kecacatan kepada pihak kontraktor," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Tambahnya, tempoh tanggungan kecacatan (DLP) projek lebuh raya itu telah bermula pada 24 Disember tahun lalu dan akan berakhir pada 24 Dis 2023.
Fasa 1 projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus bernilai RM378.2 juta itu mengambil masa enam tahun untuk disiapkan, yang merupakan antara peruntukan paling besar dibiayai oleh MBPP setakat ini.
Sementara itu pihak MBPP turut mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi fenomena cuaca luar biasa dengan menggandakan kerja-kerja pembersihan longkang, parit dan kawasan sekitar untuk mengelak ia daripada tersumbat dan mengakibatkan air melimpah.
Selasa lepas hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang telah menyebabkan lebih 20 kawasan merekodkan kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung tercabut dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Pulau Pinang memaklumkan kejadian angin kencang yang berlaku di negeri itu Selasa lepas berpunca daripada awan Cumulonimbus yang membawa ribut petir berskala kecil, dan ia boleh berlaku pada sebelah petang sepanjang minggu ini, dan pihaknya akan sentiasa memantau serta mengemas kini amaran cuaca dari semasa ke semasa.
Selain itu MBPP turut mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di tepi jalan bagi mengelakkan ia daripada tumbang, atau berlaku kejadian dahan patah ketika musim cuaca luar biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022

Tempoh tanggungan kecacatan (DLP) projek lebuh raya itu telah bermula pada 24 Disember tahun lalu dan akan berakhir pada 24 Dis 2023. - Gambar fail/ FB MBPP

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Proses naik taraf Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ambil masa sebulan
MBPP menambahkan 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia.

Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.

Operasi SAR hari kelima fokus pencarian di sektor ketiga
Kawasan itu juga merupakan 15 peratus daripada 9290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) yang timbunan tanahnya belum dapat dialihkan.

Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa
Mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.

Tanah runtuh: Operasi SAR hari keempat disambung
Saadon Moktar berkata operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini bermula pada 8 pagi selepas ditangguhkan pada 7 malam semalam.

Tanah runtuh: Kerajaan negeri perlu henti projek di kawasan bukit - SAM
Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa supaya menghentikan projek pembinaan membabitkan kawasan bukit dengan serta-merta susulan kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.