Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini masuk hari kelima dengan fokus pencarian di sektor tiga iaitu kawasan penemuan sebuah kontena yang hancur semalam.
Kawasan itu juga merupakan 15 peratus daripada 9290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) yang timbunan tanahnya belum dapat dialihkan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata operasi SAR yang disambung semula 8 pagi ini selepas ditangguh pukul 10 malam tadi bermula dengan kerja-kerja mengalihkan timbunan tanah di kawasan 15 peratus itu.
"Operasi semalam terpaksa ditangguh kerana kami kekurangan sumber pencahayaan di kawasan 15 peratus tanah belum dialihkan itu berikutan lokasinya agak jauh dan curam.
"Ia bukan sahaja bahaya kepada pasukan penyelamat malah jengkaut turut boleh terjatuh ke dalam timbunan tanah itu...," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Jumaat lepas, tanah runtuh dilapor pada pukul 1.56 tengah hari di kawasan tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu menimbus 13 kontena dan rumah kongsi yang menempatkan pekerja asing projek itu.
Sehingga semalam, sembilan mayat ditemukan terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar.
Empat yang lain iaitu seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia dan seorang wanita Kemboja cedera, manakala seorang lagi lelaki Bangladesh yang dikenali sebagai Md Rahaz dilapor masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan tanah itu.
Lelaki Bangladesh yang cedera dikenali sebagai Shamim masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.
Mohamad Shoki berkata pihaknya berharap kerja-kerja pengalihan timbunan tanah runtuh di kawasan 15 peratus yang berada di sektor ketiga itu dapat diselesaikan hari ini supaya memudahkan pasukan penyelamat mencari mangsa terakhir yang dikhuatiri tertimbus itu.
"Namun kerja pengalihan tanah itu bergantung kepada keadaan cuaca di lokasi kerana jika hujan operasi SAR perlu dihentikan serta-merta kerana bimbang pergerakan tanah berlaku dan ia boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berulang," katanya.
Beliau berkata seramai 100 pegawai dan anggota pasukan penyelamat dari pelbagai agensi seperti bomba, polis, pasukan Smart, Agensi Bencana Alam Negara (Nadma), Jabatan Mineral Dan Geosains, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018
Sehingga pukul 7 malam tadi, operasi mencari mangsa kejaddian tanah runtuh pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong telah menemui sembilan mayat, manakala seorang lagi masih hilang dipercayai tertimbus. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.