Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mendedahkan perincian mengenai 101 projek bernilai RM6.61 bilion ketika era Pakatan Harapan, seperti mana yang dinyatakan dalam Dewan Rakyat semalam.
Dalam kenyataan video hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, cara pendedahan Tengku Zafrul seolah-olah pemberian projek melalui konsep rundingan terus adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan.
Dr Mahathir berkata, rakyat berhak mendapat maklumat penuh tentang perincian projek berkenaan, terutama sekali siapa yang mendapat ‘nikmat istimewa’ itu.
“Sepatutnya Menteri Kewangan hendaklah dedahkan nama-nama mereka yang dapat projek berkenaan supaya rakyat akan tahu siapa yang melakukan perbuatan ini.
“Kalaupun Tengku Zafrul berkata bahawa memang projek rundingan terus ini dibenar, tetapi pendedahannya dibuat seolah-olah ia adalah sesuatu yang tidak dibenar, dan satu kesalahan telah berlaku.
“Ini semua menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, dan rakyat berhak mendapat maklumat penuh tentang siapa yang dapat, projek di mana, nilai nilai projek ini. Supaya kita dapat tentukan siapa yang mendapat nikmat istimewa ini. Ini perlu didedahkan kepada rakyat,” katanya lagi.
Pada Isnin, Tengku Zafrul dalam persidangan Dewan Rakyat memberitahu, rekod telah menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim Guan Eng sebelum ini, telah meluluskan 101 projek berkenaan secara rundingan terus.
Namun, beliau menjelaskan, dalam keadaan tertentu, kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan kriteria tertentu seperti melibatkan keperluan negara yang mendesak.
BACA: Dewan Rakyat 'panas' isu kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion
Sebagai reaksi terhadap kenyataan Tengku Zafrul itu, Guan Eng dalam sidang media pada hari yang sama berkata, jumlah projek rundingan terus berkenaan, hanyalah mewakili empat peratus daripada keseluruhan nilai pembangunan atau 1.4 peratus berbanding keseluruhan perolehan sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan sebelum ini.
Menurut Guan Eng, Tengku Zafrul perlu mendedahkan senarai penuh projek berkenaan dan perbandingan antara era pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
BACA: Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Firdaus Azil
Tue Aug 25 2020
Cara pendedahan Tengku Zafrul seolah-olah pemberian projek melalui konsep rundingan terus adalah satu kesalahan, dakwa Dr Mahathir. - Gambar fail
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.