KUALA LUMPUR: Usaha mempromosikan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) perlu dipergiat dan dilakukan secara meluas serta konsisten bagi menjadikan Malaysia sebagai hab destinasi penggambaran antarabangsa khususnya dari Hollywood.
Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem (PFM), Zahrin Aris berkata, usaha itu memerlukan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Tourism Malaysia, bagi membolehkan negara ini menjadi lokasi produksi filem antarabangsa.
"Kita juga perlu konsisten membuat promosi bukan hanya di 'location market', tetapi kita kena pergi ke beberapa buah negara lain untuk menjemput mereka (syarikat produksi antarabangsa) datang.
"Apabila mereka datang ke Malaysia, pelaburan ke dalam negara memang sangat besar berbanding filem tempatan, Jadi, perkara-perkara ini perlu diambil perhatian dan dititik beratkan oleh Finas," katanya di sini pada Rabu.
Beliau yang berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Buletin Bernama Khas, terbitan Bernama TV memaklumkan, walaupun Malaysia masih menjadi lokasi penggambaran filem dari Asia, namun jumlahnya masih kecil.
FIMI merupakan usaha kerajaan untuk menarik pelabur dalam penerbitan filem dan televisyen bagi menjalankan aktiviti perfileman di negara ini dengan menawarkan 30 peratus rebat tunai dan tambahan lima peratus rebat jika memenuhi kriteria elemen kebudayaan Malaysia.
Sementara itu, Zahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Penerbit Filem Malaysia Bhd (PFM Bhd) berkata, polisi dan dasar kerajaan berhubung perfileman juga harus dikaji semula bagi membangunkan industri perfileman negara.
Beliau berkata, beberapa kelonggaran dan kebebasan perlu diberikan dalam menghasilkan karya-karya tempatan
"Dasar-dasar ini telah lama, jadi ia harus diubah dengan segera supaya meningkatkan lagi secara drastik pembangunan perfileman tempatan. Jika dasar itu ubah, saya yakin dengan cepat industri kita akan naik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Zahrin berkata usaha itu memerlukan sokongan Finas dan Tourism Malaysia, bagi membolehkan negara ini menjadi lokasi produksi filem antarabangsa.- Gambar FB Zahrin ZA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Usaha promosikan FIMI perlu dipergiatkan - PFM
Finas dan Tourism Malaysia harus beri sokongan bagi membolehkan Malaysia menjadi lokasi produksi filem antarabangsa.

Finas sasar RM50 juta pelaburan asing menerusi FIMI sempena Marche Du Film 2022
Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia.