KUALA LUMPUR: Penyertaan dan penglibatan Malaysia di pasaran filem Marche Du Film (MARCHE 2022), adalah penting sebagai penanda aras kesungguhan Malaysia dalam mempromosi sekali gus menjual produk-produk kandungan kreatif negara ke peringkat antarabangsa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai delegasi Malaysia ke pasaran filem itu yang diadakan di Palais des Festivals di Cannes, Perancis bermula Selasa (17 Mei) hingga 25 Mei ini.
Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia untuk membina jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global selain berkongsi pandangan dan prospek projek filem.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata selain mempromosi dan menjual produk kandungan kreatif negara, tujuan utama Malaysia menghadiri pasaran filem itu adalah untuk menarik pelabur asing ke negara ini melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).
"Tahun ini kami menyasarkan pelaburan asing ke dalam Malaysia melalui insentif FIMI sebanyak RM50 juta.
"FINAS berhasrat menggunakan pasaran MARCHE sebagai platform bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran antarabangsa yang menawarkan 30 peratus rebat tunai melalui FIMI dan tambahan sehingga lima peratus melalui 'cultural test'," katanya kepada Bernama.
Md Nasir berkata sebanyak 13 syarikat tempatan yang menampilkan pelbagai produk kandungan kreatif seperti filem cereka, animasi, dokumentari dan lain-lain akan menghadiri MARCHE 2022 dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat secara dalam talian.
Antara syarikat terlibat adalah Barnstorm Entertainment, Biscuits Films, Film Wallet Group, Iskandar Malaysia Studios, Jazzy Pictures dan Sarawak Media Group.
"Kita juga mengadakan 'Pavilion Malaysia' di sana (Cannes) bagi menghimpunkan penggiat industri kreatif Malaysia di bawah satu bumbung dan memperkenalkan mereka kepada penggiat industri antarabangsa.
"Ini sekali gus membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam membantu penggiat industri kandungan kreatif tempatan menembusi pasaran global selepas terjejas teruk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19," katanya.
Mengulas mengenai penyertaan negara dalam pasaran antarabangsa, Md Nasir berkata Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan FINAS telah menyertai pasaran antarabangsa sejak 2009 dengan penjualan kandungan kreatif oleh syarikat produksi tempatan yang menyertainya sepanjang 12 tahun lepas sebanyak RM600 juta.
Beliau berkata nilai pelaburan yang diperoleh menerusi FIMI dari 2013 hingga tahun lepas pula sebanyak RM4 bilion.
"FINAS menyasarkan pelaburan asing bagi projek-projek besar dan berprofil tinggi melalui FIMI seperti sebelum ini. Antara contoh projek yang pernah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran adalah filem Crazy Rich Asians, Kuu Kuu Harajuku, 6 Underground dan The Mandalorian iaitu siri Star Wars.
"Ini membuktikan negara luar kini sedang memberi fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai satu daripada lokasi penggambaran bagi produksi mereka berdasarkan lokasi yang menarik, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan produksi, hospitaliti dan insentif yang ditawarkan," katanya.
Sepanjang sembilan hari penganjuran, pelbagai program mengisi MARCHE 2022 termasuk mesyuarat bersama syarikat produksi antarabangsa, persidangan bertajuk Malaysia - The Heartbeat of Asia dan sesi pasaran produk kandungan kreatif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022

FINAS berhasrat menggunakan pasaran MARCHE sebagai platform bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran antarabangsa yang menawarkan 30 peratus rebat tunai melalui FIMI dan tambahan sehingga lima peratus melalui 'cultural test'.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.