Tyra berkongsi perasaan teruja bersama suami, pereka fesyen Emran Rijal menerusi satu hantaran video di Instagram baru-baru ini.
“Masya-Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah. Kami mengambil sedikit masa untuk berkongsi tetapi perut saya kini sudah kelihatan dan mungkin ada yang sudah tahu atau menekanya.
“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran si kecil yang berharga sedang berkembang dalam diri saya setiap saat.
"Kami turut bahagia melihat perkembangan si kecil kami sepanjang beberapa bulan lalu. Mohon doakan bayi T&E.
“Kepada mereka yang sedang mencuba untuk hamil, saya menghantar segala cinta dan keajaiban bayi kepada anda semua,” tulisnya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, selebriti dan netizen turut menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu tentang berita kehamilan yang dikongsi oleh mereka.
“Tahniah Tyra dan Emran. Selamat datang ke alam ibu dan bapa.
“Aww patutlah makin berseri! Tahniah Tyra dan suami.
“Tahniah untuk anda berdua! Saya sangat-sangat gembira dan semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan bayi dalam kandungan,” komen dari selebriti dan netizen.
Sekadar info, Tyra Kamaruzzaman dan Emran Rijal telah mendirikan rumah tangga mereka pada bulan Mei yang lalu. -Gempak