Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
Pada majlis nikah tersebut, Tyra atau nama sebenar Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 dan dulang hantaran lima berbalas tujuh.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur itu bertemakan rona putih yang dihadiri kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Tyra dan Emran diijabkabulkan selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama. - Gempak