TULAR di TikTok video memperlihatkan pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman menari bersama seorang lelaki sehingga menarik perhatian peminatnya.
Dalam video berkenaan, Tyra dan lelaki yang dipercayai seorang pereka fesyen tempatan dikenali sebagai Emri dilihat sedondon mengenakan busana serba hitam.
Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang membuat andaian bahawa pasangan sedang menjalin hubungan cinta.
Sementara itu, menerusi tinjau Gempak, lelaki tersebut turut dilihat memuat naik sekeping foto di Instagram memperlihatkan dia sedang memimpin tangan Tyra.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sepakat dan bersetuju sekiranya mereka berdua benar-benar bercinta.
Terdahulu, Tyra pernah bercinta dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid. -Gempak
Gempak
Sat Sep 02 2023
Dalam video berkenaan, Tyra dan lelaki yang dipercayai seorang pereka fesyen tempatan dikenali sebagai Emri dilihat sedondon mengenakan busana serba hitam. -Gempak
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bantu beri asas penggunaan bahasa
Antaranya, Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Hospital Columbia Asia.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
SC rekod 3,380 aduan penipuan, aktiviti tidak berlesan setakat suku ketiga 2024
Kes-kes pada hari ini bertambah sofistikated, turut melibatkan penggunaan teknologi 'deepfake' dan MO yang semakin berkembang.
Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh di TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Alif Teega, Aisyah Hijanah dijangka dituduh masing-masing 10 kes salah guna dana
Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menanti.
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Kes buli siber: Kertas siasatan mendiang Esha dirujuk AG
M. Kulasegaran berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kes tersebut secara terperinci bagi membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
Kes buli pempengaruh: Kertas siasatan dirujuk kepada TPR esok - Polis
Setakat ini, 11 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.
CEO Batu terlibat kemalangan, terima lebih 20 jahitan
Lelaki itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.