KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan beberapa individu berhubung kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh media sosial A. Rajeswary atau lebih dikenali Esha akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata setakat ini 11 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.
"Kertas siasatan dalam proses dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok," katanya ketika dihubungi.
Beliau turut memaklumkan tempoh reman pemandu lori yang ditahan berkaitan kes itu dilanjutkan dua hari hingga 16 Julai.
Sebelum ini, Ahmad Sukarno memaklumkan lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada 6.30 petang di Setapak, Rabu lepas.
Selain itu, seorang wanita tempatan yang merupakan pembantu rumah jagaan orang tua berusia 35 tahun turut ditahan berkaitan kes itu dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman lima hari terhadapnya tamat pada Jumaat.
Kedua-dua individu itu disyaki melemparkan kata ugutan dan ancaman terhadap mangsa serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah menerusi TikTok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan aib.
Dalam kes melibatkan individu lain, Ahmad Sukarno berkata pihaknya sudah mengenal pasti tiga individu yang dipercayai melakukan buli siber terhadap mendiang Esha, 30, susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa di Balai Polis Gombak, Jumaat lepas.
"Tiga individu itu sudah dikenal pasti identitinya dan kita dalam tindakan untuk merakam keterangan mereka," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada 5 Julai, sehari selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung buli siber yang dihadapinya.
Laporan itu kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024
Setakat ini, 11 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.
OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.
Berita Terkini Kita: Cerita komuniti di Kuala Terengganu
Berita Terkini Kita minggu ini ke Terengganu bersama Nursyazwani Saiful Sham. Ikuti perkongsian #InilahKita berkenaan komuniti Peranakan Cina di Terengganu. Peranakan Cina yang terdapat di Terengganu sedikit berbeza dengan berasimilasi kepada budaya Melayu.
China terus rekod pertumbuhan stabil pada suku kedua 2024
Ekonomi China terus merekodkan pertumbuhan stabil pada Julai dengan hasil jualan entiti pasaran pulih selain soroton positif di pelbagai sektor.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Couche-Tard syarikat Kanada lakukan bidaan awal ambil alih 7 Eleven
Syarikat Peruncit Jepun Seven & i holdings, pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven memaklumkan menerima tawaran pengambilalihan awal daripada Alimentation Couche-Tard Kanada.
Bancian pertanian: 44.3 peratus tempoh 43 hari
44.3 peratus bancian ke atas isi rumah dan pertubuhan perniagaan yang terbabit dalam aktiviti pertanian selesai dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam tempoh 43 hari.
Pelarasan gaji, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Pelabur asing kembali, catat belian bersih RM299.6 juta
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia berikutan jualan besar-besaran pada minggu lepas dan mencatat pembelian bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM299.6 juta.
Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
Kes buli pempengaruh: Kertas siasatan dirujuk kepada TPR esok - Polis
Setakat ini, 11 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.