Ibu kepada pempengaruh, Ubai, Rohani Jamal meninggal dunia pada Ahad.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Ubai dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Maklum Ubai, ibu kesayangannya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:45 petang tadi.
“Salam semua, mak saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli, 25, juga turut membuat coretan luahan isi hatinya atas pemergian ibu tercinta.
“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak.
“Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa. Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat.
“Ubai janji akan jaga adik beradik semua. Terima Kasih Emak, Ubai sayang Mak sangat-sangat,” coretnya.
Terdahulu, ibu Ubai mula dimasukkan ke PPUM selepas mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu.
Sebelum ini, ibunya sudah pun menjalani pembedahan membuang ovari selepas disahkan menghidap kanser di organ berkenaan pada Januari lalu.
Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos ini. - Gempak
Gempak
Sun Jul 30 2023
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Ubai dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya. - Gambar Gempak
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
Wanita maut jatuh bangunan
Mangsa berusia 47 tahun dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.
Pengasas parti sayap kanan Perancis Jean-Marie Le Pen meninggal dunia
Pengasas parti sayap kanan Perancis National Front, Jean-Marie Le Pen, meninggal dunia pada Selasa di Perancis pada usia 96 tahun.
Bekas PM Greece Simitis meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri Greece Konstantinos Simitis, yang dikenali sebagai perintis dalam membawa negara Eropah Tenggara itu menyertai zon euro meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Demi RM3,250, pempengaruh muda maut sahut cabaran minum arak
Pempengaruh terkenal dari Thailand, Bank Leicester dilaporkan maut selepas melakukan cabaran meminum tiga botol alkohol dalam sebuah pesta yang diadakan pada 25 Disember lalu.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
Mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang di hospital berkenaan.
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.
Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.
Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.
Pelancong maut diserang ikan yu di Mesir
Seorang pelancong maut dan seorang lagi cedera dalam serangan ikan yu di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Marsa Alam.