Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 47 tahun dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya.
"Mangsa yang bukan penghuni di kediaman itu dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi bangunan Blok A berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Mangsa mengalami kecederaan teruk bahagian kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.
"Kes masih dalam siasatan termasuk dari tingkat mana mangsa terjatuh dan kejadian diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya. - Sinar Harian