PARIS: Pengasas parti sayap kanan Perancis National Front, Jean-Marie Le Pen, meninggal dunia pada Selasa di Perancis pada usia 96 tahun, lapor Xinhua yang memetik saluran berita Perancis BFMTV.

Jean-Marie Le Pen menubuhkan parti National Front pada tahun 1972, yang kini dikenali sebagai National Rally sejak 2018.

Beliau menjadi presiden parti berhaluan kanan itu sehingga tahun 2011, sebelum digantikan oleh anak perempuannya, Marine Le Pen. Kemudian, beliau dipecat daripada parti berkenaan.

Dalam kerjaya politiknya yang panjang, Jean-Marie Le Pen mencipta kejutan apabila berjaya mara ke pusingan penentu Pilihan Raya Presiden pada 2002 menentang Presiden Perancis ketika itu, Jacques Chirac.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Le Pen.

-- BERNAMA