TIADA angin tiada ribut, vokalis band Kugiran Masdo, Ali Sariah dikhabarkan telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz.

Berita tersebut dikongsi oleh pentadbir akaun media sosial dengan memuat naik foto pernikahan.

Menerusi entri tersebut, Ali bersama isterinya, Natasha Nur Ain bergambar bersama ahli Kugiran Masdo yang lain di atas pelamin.

Ceri tidur air liur meleleh, Mawi dan am bermain mahjung. Berbaju sedondon berwarna putih, Sekali lafaz sah jadi suami isteri ah lantak ler tak pandai aku pantun setengah jam memikior ending die Alhamdulillah walaupun kadang kadang nyanyi salah lirik, dengan sekali lafaz, ali sudah menjadi laki orang. Semoga bahagia hingga ke jannah dan cepat mendapat cahaya mata ❤️ #alicha #alichariah

A post shared by Kugiran Masdo (@kugiranmasdo) on


Ruangan komen foto itu dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh peminat setia Kugiran Masdo.

Menerusi carian Gempak di laman Instagram, Ali dipercayai melangsungkan pernikahan dengan Natasha yang berasal dari Johor.

Majlis akad nikah diadakan pada Jumaat pagi (8 Ogos) manakala majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah malam.

Foto: Instagram @kugiranmasdo & @_asmawi

Tahniah diucapkan untuk Ali dan isteri. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!