KUMPULAN Kugiran Masdo memilih untuk menyimpan ratusan helai koleksi blazer dan sut yang pernah digayakan ketika mengadakan konsert atau acara pentas sebagai kenangan.
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, walaupun pernah mendapat permintaan daripada peminat yang mahu membeli pakaian yang digayakan namun mereka sepakat untuk tidak menjualnya kerana mahu dijadikan koleksi peribadi.
“Jumlah sut atau blazer yang kami ada dari awal kemunculan dahulu sehingga sekarang, mencecah ratusan helai juga.
“Ada peminat yang tanya sama ada kami mahu menjual sut-sut sebagai ‘preloved’ (pakaian terpakai).
“Tapi kami sebenarnya tidak bercadang untuk menjualnya kerana ada sesetengah pakaian yang kami pernah pakai mempunyai nilai sentimental tersendiri,” jelasnya.
Masdo berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Festival Aku, Muzik & Kamu baru-baru ini.
Putu Ceri yang juga merupakan pemain bass Masdo berkata, dia membayangkan jika ada pihak yang menghargai karya mereka dan mahu mewujudkan sebuah galeri Istimewa untuk Kugiran Masdo suatu hari nanti.
“Manalah tahu bila kami tua nanti, kalau ada pihak yang menghargai karya kami dan mahu wujudkan sebuah galeri.
“Boleh juga pamerkan koleksi-koleksi Kugiran Masdo termasuk pakaian yang pernah kami pakai. Kami pun masih ada simpan lagi blazer pertama yang kumpulan kami miliki.
“Sekurang-kurangnya boleh dijadikan kenang-kenangan pada masa akan datang, walaupun sudah tidak muat lagi,” katanya berseloroh.
Dalam perkembangan lain, Kugiran Masdo yang terdiri daripada Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi (gitaris) ini bakal terlibat dengan Festival Aku. Muzik & Kamu di Johor Bahru pada 8 Jun kelak.
Selain Masdo, Festival Aku. Muzik & Kamu yang berlangsung selama 10 jam tanpa henti itu, turut menampilkan persembahan hebat daripada kumpulan Exist, Saixse, IAMNEETA dan ratu rock negara, Ella.
Festival berkonsepkan muzik Nusantara itu juga turut menampilkan persembahan daripada penyanyi terkenal dari Singapura iaitu Imran Ajmain dan Indonesia yang diwakili oleh Afgan dan Feel Koplo. -Gempak
Gempak
Sun Mar 10 2024

Kumpulan Kugiran Masdo memilih untuk menyimpan ratusan helai koleksi blazer dan sut yang pernah digayakan ketika mengadakan konsert atau acara pentas sebagai kenangan. -Gempak

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Kugiran Masdo bikin konsert percuma 25 Mei ini, eksklusif untuk ahli kad GRC
Antara acara yang menantikan oleh pengunjung adalah pameran kereta ubah suai, pengalaman glamping dan banyak lagi.

'Ada nilai sentimental' - Kugiran Masdo enggan jual ratusan blazer dan sut
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, walaupun pernah mendapat permintaan daripada peminat yang mahu membeli pakaian yangkan koleksi

Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!
DFP meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo.

Shawn Mendes, TWICE dan Halestorm antara 14 konsert panas tahun ini
Tahun ini merupakan tahun yang terbukti meriah dengan pelbagai jenis konsert dan festival muzik yang dapat memenuhi pelbagai citarasa.

Art of Speed 2019 lebih hebat
Festival kustom dan muzik yang lebih hebat menanti peminat kereta dan motorsikal 'kustom' di Art of Speed 2019.