Sebagai seorang jejaka yang tampan dan popular, ramai yang mahu mendampinginya sebagai kekasih mahupun isteri.
Namun sehingga kini, Nicholas yang mesra disapa Nico masih solo atau hidup bujang.
Menerusi temu bual bersama Raditya Dika, Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian. Malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.
“Tidak pernah rasa sepi (solo) malah ia sangat melegakan,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Nico kemudian ditanya bagaimana cara dirinya melawan kesepian dengan menjawab: “Tidak pernah lawan sebab tak pernah cara sepi.”
Sejak menjadi pelaku seni, Nico dikenali sebagai aktor yang cukup tertutup tentang hal peribadi.
Dia malah mengisi akaun Instagramnya dengan pelbagai foto bersifat flora dan fauna serta pemandangan, bukan dirinya. -- Gempak