Tapi aku pasti kembali dalam satu purnama, untuk mempertanyakan kembali cintanya.

Demikian baris puisi Rangga lakonan Nicholas Saputra yang ditujukan kepada Cinta (Dian Sastrowardoyo) dalam babak akhir filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC).

14 tahun kemudian, sekuel filem ini bakal menemui peminat. Laman Facebook rasmi Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) hari ini memuat naik trailer filem tersebut.

Trailer hampir dua minit itu menampilkan sambungan kepada kisah Cinta dan Rangga 14 tahun selepas filem pertama berakhir. Cinta dilihat menyertai beberapa rakannya untuk kembara ke Jogjakarta. Rangga pula telah menjadi penulis di New York.


Nicholas Saputra sebagai Rangga - Foto Youtube/Miles Film

Dian Sastrowardoyo sebagai Cinta - Foto YouTube/Miles Film

Jalan cerita filem ini masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat kerana tiada sinopsis yang didedahkan oleh pasukan produksi. Hal ini dilihat sebagai strategi pemasaran agar para peminat berteka-teki dan tidak sabar untuk menonton sekuel ini.

AADC2 menampilkan Mira Lesmana dan Prima Rusdi sebagai penulis lakon layar dan Riri Riza sebagai pengarah. Riri merupakan pengarah Indnesia tersohor yang sebelum ini menjadi teraju utama salah sebuah filem terlaris sepanjang zaman di Indonesia, Laskar Pelangi.

Selain Nicholas dan Dian, AADC2 turut dibintangi Titi Kamal (Maura), Adinia Wirasti (Carmen), Sissy Priscilia (Milly), dan Dennis Adhiswara (Memet).

AADC2 bakal ditayangkan serentak di Indonesia, Malaysia, dan Brunei pada 28 April ini.

3 countries & 1 official date. Indonesia, Malaysia, Brunei, get ready for #AADC2 on 28 April! Watch #trailerAADC now

Posted by Ada Apa Dengan Cinta 2 on Tuesday, March 8, 2016