PELANCARAN keempat kapal angkasa Starship ke angkasa telah dilakukan SpaceX dari Boca Chica Texas sebentar tadi dan akhirnya kapal angkasa ini berjaya memenuhi kesemua keperluan misi Integrated flight test 4 (IFT-4).
Kedua-dua roket Super Heavy dan juga Starship berjaya kembali semula ke bumi seperti yang dirancang oleh SpaceX.
Di peringkat awal pelancaran, satu daripada 33 enjin Raptor pada Super Heavy tidak menyala. Sungguhpun begitu ia masih mampu melancarkan Starship ke angkasa lepas sebelum kembali ke bumi.
Super Heavy kemudian kembali semua ke bumi untuk melakukan pendaratan di permukaan laut Teluk Mexico.
Seperti roket Falcon 9, Super Heavy direka untuk kembali semula ke bumi dengan sendiri supaya boleh digunakan berkali-kali.
Kemudian tumpuan diberikan kepada Starship yang kali ini berjaya menghidupkan kesemua enam enjin membuatkan kapal angkasa ini bergerak pada kelajuan hampir 30,000km/j.
Video pentriman daripada Starship terputus seketika menyebabkan ramai menyangka seperti tiga misi sebelum ini, Starship sekali lagi meletup.
Tetapi isyarat video kembali selepas dua puluh minit memberikan visual Starship melakukan pendaratan secara menegak di Lautan Hindi, 66 minit selepas dilancarkan dari Texas, Amerika Syarikat.
SpaceX memerlukan misi IFT-4 berjalan mengikut perancangan kerana hanya empat hari lalu jutawan Jepun Yusaku Maezawa membatalkan misi Dear Moon Project yang ingin membawa lapan individu mengelilingi bulan.
Ia dibatalkan selepas Starship gagal disiapkan sepenuhnya untuk misi yang sepatutnya dilakukan pada tahun 2023.
Kelewatan Space menyiapkan Starship juga telah mengakibatkan misi Artemis III yang membawa angkasawan kembali ke bulan ditangguhkan ke 2026. -Amanz
Amanz
Fri Jun 07 2024
Kedua-dua roket Super Heavy dan juga Starship berjaya kembali semula ke bumi seperti yang dirancang oleh SpaceX. -Amanz
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia
Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas.
SpaceX akan jalankan ujian kelima roket Starship
Jendela pelancaran selama 30 minit akan dibuka pada 7 pagi (1200 GMT), selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memberikan kelulusan pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa lepas
Jared Isaacman muncul individu awam pertama melakukan penjelajahan di angkasa lepas.
SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China berjaya uji roket boleh mendarat semula seperti SpaceX
Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST) mengumumkan kejayaan mereka melancarkan roket dengan kemampuan ini di Gurun Gobi.
Starship capai sasaran penuh dalam ujian pelancaran keempat
Kedua-dua roket Super Heavy dan juga Starship berjaya kembali semula ke bumi seperti yang dirancang oleh SpaceX.