ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 September 2024.


1. Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine

Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).



2. Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Universe Korea

LAHIR kira-kira sedekad sebelum Miss Universe diadakan buat kali pertama pada 1952, Choi Soon-hwa berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.


3. Krathon dinaik taraf kepada taufan, amaran laut dikeluarkan

Ribut Tropika Krathon telah dinaik taraf menjadi taufan oleh Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) pada Ahad.


4. Tokyo lancar aplikasi janji temu AI untuk cari pasangan

Kerajaan metropolitan Tokyo melancarkan aplikasi janji temu baharu untuk telefon pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memadankan individu yang serius mengenai perkahwinan berdasarkan nilai mereka, lapor Agensi Berita Kyodo.


5. 230 kes penerbangan dron tanpa kelulusan di sekitar pejabat Presiden Korea Selatan

Sebanyak 230 kes penerbangan dron tanpa kebenaran di sekitar pejabat presiden dilaporkan sehingga tahun lepas, sejak pejabat tertinggi itu berpindah ke daerah tengah Seoul, Yongsan pada 2022, lapor Agensi Berita Yonhap memetik seorang ahli parlimen pembangkang.


6. Tiga didakwa simbah sup ke atas lukisan Van Gogh

Tiga aktivis alam sekitar didakwa atas kerosakan jenayah selepas sup dilemparkan ke atas dua lukisan Van Gogh di Galeri Nasional London pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


7. Houthi lancar serangan, sasar ketibaan Netanyahu dari New York

Kumpulan Houthi Yaman telah melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di tenggara Tel Aviv pada Sabtu.


8. Staf wanita dipecat enggan ikut cakap bos beli sarapan

SEORANG wanita di Shanghai dipecat gara-gara enggan membeli sarapan pagi untuk bosnya, lapor South Morning China Post.


9. SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas

SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor United Press International (UPI).


10. Kematian Hassan Nasrallah: Lubnan berkabung tiga hari

Lubnan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan kematian pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel di Beirut.