KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini.
Kelahiran anak keempat pasangan, Siti Sarah dan Shuib Sepahtu itu dimaklumkan oleh pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Ia menyusul selepas penyanyi berusia 36 tahun itu hari ini dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras.
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi.
“Walau bagaimanapun, keadaan Siti Sarah masih belum sedar,” katanya dalam kenyataan tersebut, pada Jumaat.
Dalam masa sama, Nana memohon agar semua pihak mendoakan kesihatan Siti Sarah dan urusannya.
Sementara itu, Shuib yang juga usahawan dan pelawak menerusi kemas kini di Instagramnya memaklumkan, bayinya yang baru dilahirkan itu ketika ini memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pramatang.
Jelasnya, keadaan Siti Sarah juga masih kritikal.
Astro AWANI hari ini melaporkan suami kepada pelantun lagu Kesetiaan itu berkata Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil, dipercayai akibat jangkitan COVID-19.
BACA: COVID-19: Siti Sarah kritikal, bacaan Yasin dan doa diadakan - Pengurus
Majlis bacaan Yasin dan doa secara dalam talian turut diadakan pada 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang tadi, yang disertai sekurang-kurangnya 92 kenalan.
Sekitar 2 petang tadi, Shuib turut memaklumkan Siti Sarah telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 06 2021
![Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627363571_sitisarahkeluarga.jpg)
Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil, dipercayai akibat jangkitan COVID-19. - Gambar Instagram / sitisarahraissuddin
![Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
AWANI 7:45 [15/07/2024] – Mangsa pengsan satu jam | Dipercayai kaitan kutipan derma | Stoking kalimah Allah | Dokumen harus kukuh
#AWANI745 malam ini bersama Luqman Hariz;
1. Lagi mangsa biskut beracun, mangsa sempat ludah, terselamat
2. 20 akaun bank bernilai RM740,000, milik pempengaruh dibeku
3. Pengasas dan isteri KK Mart bebas semua pertuduhan luka perasaan orang Islam
4. PM mahu bidang kuasa Mahkamah Syariah disepakati semua negeri
1. Lagi mangsa biskut beracun, mangsa sempat ludah, terselamat
2. 20 akaun bank bernilai RM740,000, milik pempengaruh dibeku
3. Pengasas dan isteri KK Mart bebas semua pertuduhan luka perasaan orang Islam
4. PM mahu bidang kuasa Mahkamah Syariah disepakati semua negeri
![Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046171_LimGuanEng.jpg)
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
AWANI Ringkas: Remaja termakan biskut beracun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: DBKL perlu pasang 20,000 CCTV di ibu kota
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM beku 20 akaun bank bernilai RM740 juta, sebahagian milik pasangan pempengaruh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak membekukan kira-kira 20 akaun perbankan membabitkan nilai lebih RM740 juta susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
![Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
![Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam
Seorang penjawat awam disiasat MCMC selepas dipercayai mengeluarkan hantaran jelik melibatkan elemen 3R iaitu agama, kaum dan raja di akaun TikTok miliknya.
![Istiadat Pertabalan Agong: 14 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara Istiadat Pertabalan Agong: 14 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719729286_TBRusdiMohdIsa.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: 14 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini.
![Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046618_FiffyArnatasyaRem.jpg)
Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun
Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lepas.
![Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718680257_shuib.jpg)
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
![Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704882788_MenangsamanShuib.jpg)
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
![GV10: Kalau arwah masih ada... - Liza Hanim GV10: Kalau arwah masih ada... - Liza Hanim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695608648_lizahanim.jpg)
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
![Shuib nekad teruskan saman fitnah Shuib nekad teruskan saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691664155_TBshuib.jpg)
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
![Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689127120_NoraDanish.jpg)
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
![Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688719064_shuib.jpg)
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
![Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688452644_TBShuib.jpg)
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
![Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688180599_shuib.jpg)
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
![Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687677898_shuib.jpg)
Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.
![Shuib 'request' bapa arwah Siti Sarah jadi wakil untuk majlis tunang Shuib 'request' bapa arwah Siti Sarah jadi wakil untuk majlis tunang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683779008_Shuibsepahtu.jpg)
Shuib 'request' bapa arwah Siti Sarah jadi wakil untuk majlis tunang
Menurut Shuib, ia merupakan permintaannya sendiri memandangkan dia sudah pun menganggap Raissuddin seperti bapa kandungnya sendiri.