Apa yang lagi menarik adalah jubah serta tudung tersebut merupakan pemberian daripada arwah Siti Sarah dan Nora sendiri memang berniat untuk memakainya khusus untuk menghadiri majlis itu.
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen. Walaupun tidak mengenakan solekan yang tebal, beliau tetap kelihatan cantik dan ayu.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan dirinya supaya terus kekal istiqamah dan sempurna dalam menutup aurat.
“Teruskan pakai tudung Nora!”
“Alhamdulillah… Allah pilih… Moga terus istiqamah”
“MasyaAllah you look more beautiful in hijab”
“Cantik-cantik semua… Semoga mendapat keberkatan ilmu harini… InsyaAllah amin,"
Dalam pada itu, Nora juga turut berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menganjurkan majlis itu dan bersyukur atas segala ilmu yang telah disampaikan. - Gempak